suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 lelaki dicekup buat 'projek' dalam Proton X50, polis jumpa gumpalan tisu ada cecair

Seks songsang adalah satu perbuatan yang berdosa dilakukan terutama bagi umat Islam. Gambar hiasan

DUA lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan seks luar tabii di dalam sebuah kenderaan di Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi apabila pasukan rondaan pencegahan jenayah mengesan sebuah kenderaan Proton X50 diparkir dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan tersebut. Mereka dipercayai berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan gumpalan tisu warna putih dipercayai mengandungi cecair di bahagian lantai tempat duduk penumpang belakang.

Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut dan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Suspek masing-masing berusia 24 dan 29 tahun itu bekerja sebagai pembantu jualan di pasar raya dan jurujual telefon bimbit.

Dalam siasatan awal, salah seorang suspek mengaku melakukan perbuatan seksual terhadap seorang lagi suspek di dalam kenderaan tersebut.

Susulan itu, kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan direman sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, kedua-dua individu kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebagai peringatan, hubungan songsang atau seks luar tabii adalah perbuatan yang ditegah dan dianggap berdosa dalam ajaran agama Islam. -The Star

Artikel Lain