SEORANG anggota polis wanita yang digantung tugas, dikenali sebagai Inspektor Sheila, ditahan selepas dipercayai membuat kecoh ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar ditahan susulan pertelingkahan dengan beberapa peniaga berhampiran kawasan kuil dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi. Menurutnya, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.Sheila direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata wanita terbabit sebelum ini bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun kini berdepan beberapa isu termasuk berkaitan kesihatan.Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan dan pihak polis menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Inspektor Sheila’ kembali buat hal... Kali ini jerkah anggota polis tahan warga asing tepi jalanTerdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila ditahan dua anggota polis sambil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut."Untuk makluman semua, Inspektor Sheila akan menjadi lagi famous di kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih kerana sudi menahan saya di hari yang mulia ini, hari Thaipusam."Kalau saya tidak popular, kalau tak masuk berita... dan saya meraih populariti, anda tunggu dan lihat. Pihak polis sememangnya cemburu kerana saya popular dalam kalangan pihak media dan rakyat jelata Malaysia," ujarnya dalam video berkenaan.Terdahulu, Sheila mencuri perhatian apabila didakwa mencetuskan kekecohan dengan menuduh anggota polis menahan seorang warga asing secara tidak wajar.Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 4 November tahun lalu kira-kira pukul 9.30 malam berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.Ketika kejadian, sepasukan anggota polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun selepas didapati memandu tanpa lesen yang sah.Sebuah video turut tersebar di media sosial, menunjukkan Sheila menjerit kepada beberapa anggota polis sambil merakam menggunakan telefon bimbitnya.Untuk rekod, pada Jun 2023, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan jenayah iaitu mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.