suria

Baru bersalin anak sulung, wanita menangis rindu zaman bujang... Tak sangka penat lain macam jaga bayi

Wanita berdepan banyak cabaran sewaktu pertama kali bergelar ibu. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN seorang wanita pastinya mula berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga apatah lagi selepas menimang cahaya mata.

Menurut seorang wanita, dia bagaikan tidak dapat menerima kenyataan yang hidupnya kini sudah berubah selepas bergelar ibu.

"Normal ke tak perasaan saya ni? Saya bersalin anak sulung empat bulan dah. Tapi saya rindu sangat kehidupan yang dulu.

Kehidupan wanita banyak berubah selepas mereka berkahwin dan memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan AI

"Saya penat kalau nak keluar kena fikir anak. Nak buat apa kena fikir anak. Penat pun tak boleh rehat selagi anak tak tidur lagi.

"Saya rindu zaman bujang sebelum kahwin. Saya tahu orang akan kecam kenyataan ni. Bukan tak sayang anak, tapi rindu kehidupan dulu," luahnya.

Menurut wanita itu lagi, cabaran dalam menguruskan anak turut menjadi punca pergaduhan dengan suaminya.

  • Wanita mengadu penat selepas empat bulan bergelar ibu.
  • Menurut wanita itu, dia sangat merindui zaman bujangnya dulu.
  • Dia juga kerap menangis kerana tertekan dengan tugasnya sebagai ibu.
  • Ramai netizen beri nasihat agar dia tabah menjalani kehidupan berumah tangga.

"Kadang benda macam ini la buat saya bergaduh dengan suami. Saya punya tertekan sampai ambil kunci kereta, keluar sendirian waktu malam. 

"Saya nak tenangkan otak dan menangis. Macam orang tak betul dah. Orang akan cakap saya tak matang, tapi lantaklah. Kita je tahu perasaan sendiri.

"Saya hari-hari cuba, tapi susah. Macam tak boleh terima saya jadi ibu. Penatnya jadi ibu," tulisnya menerusi aplikasi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang 100 hari lepas bersalin belum habis, isteri sedih suami dah ‘cuit’ minta dibelai - “Saya ingat badan ketar-ketar masa beranak”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan jiran dalam kereta akhirnya terbongkar! Gadis 22 tahun dicekup bersalin dua bulan lalu, BF pula janji nak kahwin!

Luahan wanita berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen berunsur nasihat daripada pelayar platform tersebut. 

"Saya ibu anak dua dan faham sangat perasaan itu tapi berbanggalah dengan diri awak hari ini. Percayalah awak akan rinduk detik ini kalau anak dah besar nanti.

"Anak besar sikit nanti, awak akan rasa tenang. Lalui sahaja proses menjadi seorang ibu dan isteri. Awak pasti boleh melakukannya," tulis beberapa individu.

Artikel Lain