FOTO seorang pemuda sedang menyelenggara penyaman udara di sebuah rumah menjadi perhatian netizen selepas gambarnya dimuat naik oleh seorang pelanggan di laman sosial.Wanita yang memuat naik foto itu dalam kapsyen gambar bukan sahaja memuji wajah tampan lelaki itu malah merasakan dia seperti seorang selebriti. "Aku rasa orang servis aircond ni salah pekerjaan. Kenapa tak jadi artis, bro? Rasa macam artis datang rumah," tulis wanita itu menerusi hantaran di Threads.Justwin merupakan pemenang Mr Native Borneo 2023.Foto berkenaan menerima hampir 30,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani lebih 1,000 komen pujian daripada netizen.Namun apa yang mengejutkan, seorang individu mendedahkan pemuda itu adalah Justwin Daemin Jonas yang juga pememang pertandingan Mr Native Borneo 2023.Ketika dihubungi mStar, Justwin, 22, mengakui terkejut selepas foto berkenaan tular pada Ahad sehingga namanya terus menjadi sebutan pengguna media sosial.Foto pemuda sedang selenggara pendingin hawa tular di Threads.Ramai netizen memuji rupa parasnya yang dikatakan seperti artis.Pemuda itu sebenarnya pemenang Mr Native Borneo 2023.Dia tidak menolak seandainya ada tawaran untuk bergelar pelakon.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ketika itu, pelanggan minta izin nak tangkap gambar, saya kata boleh je. Tak sangka dia post di media sosial. Dia juga ada mesej minta maaf selepas ia viral. "Dia tanya nak padam ke? Saya kata tak perlu. Saya baca banyak komen positif. Ia memberi motivasi untuk saya kejar cita-cita. Mungkin lepas ni saya perlu kembali aktif di media sosial."Dah lebih dua tahun saya kerja Coway, memang selalu pelanggan tanya saya. Mereka kata kenapa tak jadi artis je?" ujar pemuda yang berasal dari Tuaran, Sabah itu.ARTIKEL BERKAITAN: Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja”ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam model! Pak guard kacak umur 20 tahun tiba-tiba popular, video ‘catwalk’ turun tangga raih lebih setengah juta tontonanBercerita lanjut, Justwin berkata dia kini selesa mencari rezeki di Pinampang, namun tidak menolak rezeki seandainya ada tawaran kerja di Semenanjung suatu hari nanti."Sebelum ini saya turut bekerja sebagai model sambilan dan buat reviu serta promosi bisnes. Saya juga ada perancangan untuk jadi pelakon, tapi setakat ini belum ada peluang."Buat masa ini, biarlah saya fokus di sini dulu. Tapi kalau ada tawaran yang okey di Kuala Lumpur, saya sedia untuk pertimbangkan," ujar pemuda berketurunan Dusun itu.