LARANGAN merotan atau mendenda murid bermasalah menyebabkan semakin ramai golongan pelajar bersikap kurang ajar terhadap pendidik.Terbaharu, seorang guru berkongsi sikap biadab salah seorang muridnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Apa lebih mengecewakan, murid perempuan yang baru berusia 10 tahun itu seorang yang pandai dan sering mendapat kedudukan terbaik."Saya marah anak murid Tahun Empat, perempuan, budak pandai dan cantik. Dari Tahun Satu sampai sekarang memang dialah nombor satu, garang."Sejak masuk tahun baru ini, dia rasa 'besar' dan semua budak kelas takut dengan dia, kerap membuli.Golongan pendidik turut bertanggungjawab mendidik sahsiah dan akhlak murid di sekolah. -Gambar hiasan AI"Dia selalu buli seorang budak lelaki ini, jenis senyap... dia sakat sampai budak itu menangis dan dia gelak-gelak," luahnnya di Threads.Mengakui sudah memberi teguran terhadap muridnya itu, dia bagaimanapun terkejut apabila tindakan itu dipertikaikan.Malah katanya, kanak-kanak tersebut turut menegakkan perbuatan yang dilakukan dan mempersoalkan kenapa dia dipersalahkan."Dia pertikai lepas ditegur dan tanya kenapa salahkan dia... saya terangkan dekat dia yang perbuatan dia itu salah dan habis setakat itu."Baru-baru ni saya minta dia keluarkan buku latihan, semua keluarkan tapi dia beri alasan tak bawa buku, belum beli lagi seperti kebiasaannya.Guru dakwa murid 10 tahun makin biadab, suka buli rakan sekelas.Pelajar pintar tapi kerap beri alasan tak bawa buku sejak awal tahun.Teguran guru dipertikai, murid anggap dirinya betul.Kemuncak bila murid baling buku atas meja sebelum keluar kelas.Netizen gesa maklum ibu bapa, elak sikap jadi lebih teruk.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi saya terus membebel awak tahu tak dah nak masuk bulan Mei, dari Januari lagi alasan yang sama. Orang lain semua menulis, awak masih dengan alasan belum beli."Saya tambah lagi, awak rasa awak sangat pandai sebab itu tak hirau apabila saya ajar apa-apa, ambil lewa," tambahnya lagi.Susulan teguran yang diberikan itu, muridnya mula menurut arahan yang diberikan.Namun di akhir sesi pengajaran, dia terkejut apabila murid terbabit membaling buku latihan ke atas meja guru."Lepas siap tu, saya minta budak-budak hantar buku latihan, jadi semua hantar.ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke nak memanusiakan murid?” - Cikgu makin tersepit, mak ayah lapor ke SISPAA gara-gara sindir anak bermasalahARTIKEL BERKAITAN: Cara cikgu ini ‘hukum’ murid biadab dapat sokongan, tak perlu tengking… Dulu letak kaki atas meja, sekarang menangis mohon maaf"Budak perempuan ini datang dan baling buku dia atas meja guru, terus berlalu pergi," luahnya yang terkilan dengan sikap murid berkenaan yang disifatkan kurang ajar.Mengakui kesabarannya teruji dengan tingkah laku tersebut, dia kemudian meminta rakan murid berkenaan membawa balik buku latihannya.Dia kemudiannya membiarkan sahaja murid berkenaan sehingga habis waktu mengajar.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia merakam dan menghantar bukti kepada ibu bapa murid tersebut."Biadab budak macam ini, kalau tak tegur dari sekarang, mungkin boleh jadi 'kak long' kawasan apabila besar."Tolong abaikan dia sehingga dia insaf dan maklumkan pada ibu bapa dia," demikian reaksi netizen.