suria

Baru seminggu kenal, dah kena ‘push’ soal kahwin! Gadis rimas dikongkong, dituduh bongkak tolak calon menantu pilihan ibu

Segelintir anak tidak suka apabila dipaksa berkenalan dengan calon pilihan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

MENCARI pasangan hidup bukan perkara boleh berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa sebelum dipertemukan dengan calon yang tepat.

Menurut seorang wanita berusia 27 tahun ini, dia berdepan tekanan emosi apabila dipaksa berkenalan dengan lelaki pilihan ibunya kerana bimbang dia masih belum mempunyai kekasih.

Enggan mengecewakan ibunya, wanita itu bersetuju bertemu dengan lelaki tersebut dan mengakui langsung tidak tertarik dengannya.

"Saya tak pernah bercinta tapi mak nak atur perkahwinan saya. Jadi saya dan lelaki itu tengah dalam fasa talking stage tapi saya tak tertarik pun.

Mencari pasangan yang serasi sangat penting bagi memastikan kebahagiaan berkenalan sehingga ke akhir hayat. -Gambar hiasan AI

"Saya hanya suka dia sebagai kawan tapi untuk berkahwin dan tinggal sebilik, saya rasa tak boleh," luahnya menerusi hantaran di platform X.

Apa lebih membuatnya tertekan, ibunya sudah menekan-nekan meminta jawapan sama ada dia ingin berkahwin dengan jejak tersebut walaupun mereka baru seminggu berkenalan.

"Baru seminggu berkenalan, mak dah push minta jawapan. Saya suruh tunggu, tapi mak tidak mahu.

"Seminggu, nak kenal apa je? Saya tak faham dengan mak," ujarnya.

  • Wanita bengang ibunya paksa berkenalan dengan seorang lelaki.
  • Ibunya juga desak jawapan selepas seminggu dia mengenali lelaki itu.
  • Wanita itu disuruh berkahwin segera walaupun baru berusia 27 tahun.
  • Netizen beri nasihat agar dia tegas dalam urusan memilih pasangan hidup.

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu walaupun tidak terdesak untuk berkahwin namun ibunya percaya dia tidak boleh hidup berdikari. 

Katanya, dia tidak dapat membuat keputusan sendiri apabila kehidupannya dikongkong ibunya sehingga perkara kecil perlu mendapat kebenarannya.

"Saya sudah pernah cakap saya tak nak kahwin, ibu cakap saya bongkak. Dia pesan jangan cakap bukan-bukan. Dia kata saya tak boleh hidup seorang diri.

"Mak saya juga suka control. Dia tak bagi saya keluar dengan kawan. Hari itu kami bergaduh sebab saya nak pergi one day trip," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki nampak kena paksa kahwin sampai menangis... Isteri dedah apa sebenarnya berlaku masa nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap... Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pelayar X memberi nasihat kepada wanita itu agar bertegas dengan keputusannya dalam menentukan pasangan hidup.

"Mungkin mak kau terdesak nak cucu tapi kau perlu tegas tentang masa depan. Bahaya kalau salah pilih pasangan.

"Ini hidup awak atau mak awak? Awak perlu buat keputusan untuk masa depan sendiri dan bukan kebahagiaan orang lain. 

"Tak payah kahwin. Kita pun tak tahu dia jenis kaki pukul, suka berhutang atau berjudi," tulis netizen.

Artikel Lain