suria

Ibu tunggal terkilan kawan ‘flex’ dapat nafkah RM11,000 daripada suami, siap WhatsApp tunjuk resit transaksi - “Entah apa niat dia”

Wanita bergelar ibu tunggal menghadapi cabaran berdepan dengan tanggapan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

PERSAHABATAN seharusnya menjadi ruang untuk saling menyokong dan memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika salah seorang daripadanya sedang berdepan ujian.

Namun ada kalanya sesuatu tindakan yang dianggap biasa, sebenarnya boleh menggores perasaan rakan tanpa sedar.

Itulah situasi dilalui wanita ini yang meluahkan rasa terkilan apabila menerima mesej tidak disangka-sangka daripada seorang rakannya.

"Apa yang anda rasa apabila kawan tiba-tiba WhatsApp tunjuk resit nafkah suami dia bagi dekat dia. Resit RM11,000 dengan ayat macam ni... gaji bulan ni Alhamdulillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pinjam RM30 tak dilayan, tapi mampu beli emas untuk bayi dalam perut... Ibu tunggal sedih adik-beradik menjauh sejak bisnes diuji

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah tahu bercinta, tiba-tiba ibu umur 70 tahun luah hasrat nak kahwin... Anak serba salah nak halang - “Ada orang galakkan dia”

"Sedangkan saya tak pernah bertanya pun. Dia tahu saya ibu tunggal. Entah apa niat dia tunjuk macam tu," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Walaupun tidak menunjukkan rasa kurang senang secara terbuka, dia memilih untuk membalas mesej berkenaan dengan ucapan positif dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga rakannya.

Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal membesarkan cahaya mata sendirian. -Gambar hiasan

"Saya hanya balas... Alhamdulillah rezeki ada suami yang berduit. Jaga suami elok-elok, akan datang kita tak tahu pengakhirannya macam mana," tulisnya lagi.

Namun di sebalik jawapan yang berlapik itu, wanita tersebut mengakui jauh di sudut hati, perasaan terkilan tetap wujud.

"Saya agak terkilan apabila dia flex macam tu. Mungkin dia nak cakap suri rumah yang ada suami lagi 'masyuk' berbanding saya kerja makan gaji dan tiada suami ni," tulisnya lagi.

  • Seorang Wanita meluahkan rasa terkilan dengan sikap rakan yang dianggap tidak sensitif.

  • Rakannya menghantar mesej mempamerkan resit nafkah suami RM11,000 tanpa diminta.

  • Wanita itu seorang ibu tunggal dan berasa perasaannya terguris walaupun membalas secara positif.

  • Dia merasakan tindakan tersebut seperti bermegah dan membandingkan keadaan hidup.

  • Netizen mengecam rakan itu dan menasihatkan agar menjaga batas persahabatan demi ketenangan diri.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan rata-ratanya mengecam sikap rakan wanita berkenaan.

Tidak kurang juga yang menasihatkan wanita itu agar menilai semula batas dalam persahabatan demi ketenangan jiwa.

"Dia insecure dengan awak. Bagi saya orang yang suka flex tak tentu hala tujuan ni dia perlu validation... kesian kan? 

"Husnuzon je la. Mungkin awak BFF dia sampai semua benda nak cerita

"Kalau saya, block terus… demi menjaga hati saya saya sendiri," demikian komen netizen.

Artikel Lain