suria

Nak pinjam RM30 tak dilayan, tapi mampu beli emas untuk bayi dalam perut... Ibu tunggal sedih adik-beradik menjauh sejak bisnes diuji

Orang terdekat sewajarnya menjadi sistem sokongan jika ahli keluarga ditimpa kesusahan. -Gambar hiasan AI

BENARLAH ada ungkapan mengatakan, 'warna sebenar' seseorang hanya akan terserlah ketika kita berada dalam kesusahan.

Bayangkan betapa sedihnya hati apabila adik-beradik sendiri pun menjauh apabila kita diuji, sebagaimana situasi dialami wanita berstatus ibu tunggal ini.  

"Saya ada empat anak umur sembilan tahun, enam tahun, tiga tahun dan dua tahun... semua tinggal dengan saya.

"Sebelum ni kehidupan saya bahagia dan kewangan saya sangat mencukupi. Tapi tahun 2025 adalah tahun yang saya diuji dengan bisnes sangatlah down," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Ibu tunggal berdepan kesukaran untuk menjadi ketua keluarga di samping mencari nafkah buat anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, sebelum diuji, dia sama sekali tidak berkira dengan adik-beradik termasuklah menanggung pengajian, perbelanjaan bulanan malah menyediakan modal untuk mereka memulakan perniagaan.

"Setiap kali raya saya hulurkan 'modal' untuk persiapan raya. Boleh dikatakan setiap minggu mak dan adik-adik datang ke rumah untuk bermain dengan anak-anak saya. 

"Tapi sejak kewangan saya tak stabil, saya perasaan family semakin menjauh. Tak tanya khabar, tak datang melawat," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhlas beri adik guna kereta dah habis bayar, ipar ‘melebih’ minta terus tukar nama

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

Biarpun pada mulanya dia cuba memujuk hati sendiri dengan bersangka baik, namun hatinya terguris apabila permintaan untuk meminjam wang bagi membeli susu anak langsung tidak dipedulikan.

"Yang saya terasa bila saya minta pinjamkan RM30 untuk beli susu anak, semua tak nak tolong... alasaan duit tak ada.

"Mula-mula saya boleh terima tapi malam tu adik saya up status pergi kedai emas dengan emak. Mereka beli gelang emas untuk bakal cucu baharu. Adik saya tulis, cucu belum keluar dah cari hadiah.

  • Seorang ibu tunggal sedih keluarganya menjauh setelah dia diuji dengan masalah kewangan dan bisnes merudum.

  • Sebelum ini dia tak pernah berkira, malah membantu menanggung keluarga.

  • Apabila kewangannya bermasalah, ahli keluarga tak tanya khabar dan menolak permintaannya meminjam RM30 untuk beli susu anak.

  • Dia kecewa bila tahu keluarga mampu berbelanja mewah dan membeli emas untuk adik yang hamil.

  • Netizen menasihatinya agar menetapkan sempadan dan menjaga hati daripada terus dilukai keluarga sendiri.

"Keesokannya pula saya tertengok status kakak, diaorang belanja adik saya yang pregnant makan mewah. 

"Saya tak dengki, sumpah. Saya cuma kecewa, saya nak pinjam RM30 untuk susu anak, mereka tak bagi sedangkan saya tak pernah berkira dengan diaorang," luahnya lagi.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan perkongsian wanita berkenaan, malah ada antara mereka bermurah hati mahu menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Netizen memberi kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang menasihatkannya supaya menetapkan sempadan dengan keluarga selepas ini agar hatinya tidak lagi dilukai. 

"Lepas ni dah bangkit balik, jangan update apa-apa dekat keluarga.

"Biarlah mereka nak menjauh. Sekarang dah tahu hati mereka macam mana. Cuba mohon zakat atau baitulmal. 

"Lepas ni rahsiakan keselesaan walaupun dengan keluarga sendiri," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain