suria

Bayi meninggal masa bersalin, ibu masih berduka disuruh segera masuk kerja - "Bukan kena berjaga malam pun, tak perlu menyusu"

Kehilangan anak semasa bersalin meninggalkan kesan trauma dalam diri seorang wanita. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan kemarahan apabila kawannya yang baru kehilangan anak semasa bersalin disindir olah rakan di tempat kerja.

Menurut wanita berkenaan, rakannya itu diminta kembali hadir bekerja kerana tidak perlu berjaga malam seperti ibu lain yang baru melahirkan anak.

Dia berpandangan, kenyataan tersebut sebagai tidak berempati malah mengguris hati wanita yang baru bersalin tetapi bayinya meninggal dunia.

Impian setiap wanita berkeluarga untuk mempunyai zuriat. -Gambar hiasan AIImpian setiap wanita berkeluarga untuk mempunyai zuriat. -Gambar hiasan AI

"Ada pula rakan sekerja dia cakap masuk je kerja awal, bukan kena berjaga malam, bukan nak susukan. Anak pun dah tak ada. Simpan cuti untuk anak seterusnya.

"Dia bukan keguguran tapi bersalin anak meninggal. Mana empati? Apa ke bangang punya manusia. Ya Allah aku ni menahan je diri dari mendoakan benda tak baik kat orang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua halang menantu bersalin czer makan ‘painkiller’, siap periksa ubat hospital mengalahkan doktor bertauliah!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami macam ‘punching bag’, isteri jadi panas baran lepas bersalin anak kedua - “Ada saja benda aku nak marah dia”

Lebih mengecewakan, katanya, individu yang mengeluarkan kenyataan itu adalah seorang guru.

"Sama-sama cikgu pun ada perangai macam ni, macam mana la dengan anak murid bila mengajar," katanya.  

  • Seorang wanita geram rakannya yang baru kehilangan bayi disindir setelah diminta segera kembali bekerja.
  • Rakannya dianggap tak perlu cuti panjang kerana anak sudah tiada untuk dijaga.
  • Individu yang menyindir merupakan seorang guru.
  • Seorang wanita lain kongsi pengalaman serupa selepas kehilangan bayi usia 38 minggu.
  • Dia dakwa dua ketuanya membuat komen tidak sensitif sehingga meninggalkan trauma bertahun-tahun.

Perkongsian itu menarik perhatian seorang wanita lain, yang mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama apabila kehilangan bayi ketika kandungan berusia 38 minggu.

Katanya, dua orang ketuanya memberikan reaksi yang mengejutkan dengan mempersoalkan tentang kerjanya dan menganggap dirinya beruntung kerana dapat bercuti lama.

"Seorang bos cakap untungkan, sekarang boleh cuti lama. Seorang bos lagi cakap habis kerja awak tu, saya ke nak kena buat?" katanya.

Walaupun kejadian tersebut sudah hampir tujuh tahun berlalu, katanya kata-kata itu masih segar dalam ingatan dan menjadi antara pengalaman paling menyedihkan dalam tempoh berpantang.

 

Artikel Lain