suria

"Diam tak bermakna rela dipijak” – Betty Rahmad ambil tindakan undang-undang

Betty akhirnya bersikap tegas dengan segala tuduhan terhadapnya.

PELAKON dan usahawan Betty Rahmad akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Betty, 44, berkata meskipun penjelasan sudah diberikan sebelum ini, namun tuduhan tersebut masih menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai cerita tidak berasas.

“Dah lebih seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan tidak berasas.

Betty tak nak beri muka kepada pemfitnah lagi.

“Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak. Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran tersebut dia turut memuat naik foto dirinya bersama peguam yang mengendalikan kes tersebut.

Dalam pada itu, Betty turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menokok tambah cerita atau menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh biadab, pekik pekerja di khalayak ramai… Betty Rahmad bakal dedah cerita sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: “Video owner itu buat sangat tak berasas, fitnah dan berbeza dengan cerita yang kongsi sekarang” - Betty Rahmad

Katanya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara tersebut masih berterusan.

“Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya.

Betty sebelum ini sudah tampil memberi penjelasan mengenai tuduhan Alif.

Sebelum ini tular sebuah video dimuat naik oleh seorang usahawan yang dikenali sebagai Alif meluahkan rasa berang terhadap sikap biadab Betty. 

Dakwanya Betty meninggikan suara ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura. 

Bagaimanapun, Betty dalam satu kenyataan menafikan  perkara tersebut dan menganggap insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan dari negara berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain