suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fabio Asher, Nadhif Basalamah dah anggap Malaysia rumah kedua... Suka nasi tomato dan lepak Bangsar

Nadhif (kiri) dan Fabio seronok dapat kembali ke Malaysia.

BUAT pertama kali digandingkan menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur, penyanyi Indonesia Fabio Asher dan Nadhif Basalamah teruja untuk bertemu peminat Malaysia pada 26 Julai depan.

Bagi Fabio, 32, konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena itu cukup istimewa kerana menjadi detik pertama dia berkongsi pentas dengan Nadhif, 26, sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik.

Pertama kali disatukan, kedua-duanya yakin mereka mampu membina keserasian yang baik sepanjang persembahan.

Fabio (kiri) dan Nadhif bakal bergandingan buat kali pertama.

“Saya sendiri teruja kerana ini pertama kali dapat berkolaborasi dengan Nadhif Basalamah. Di Indonesia pun kami belum pernah berkolaborasi secara langsung di atas satu pentas, jadi saya sangat teruja.

“Kami sebenarnya tidak pernah membuat persembahan bersama, tetapi pernah berada dalam acara yang sama beberapa kali. Saya rasa chemistry kami akan baik. Kita tengok nanti bagaimana kami akan mengejutkan peminat di Malaysia. Akan ada banyak kejutan,” katanya kepada mStar.

Fabio berkongsi perkara itu ketika sidang media konsert berkenaan yang berlangsung secara dalam talian pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhif Basalamah tak sabar jumpa peminat, Kuala Lumpur destinasi paling dinanti

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga suara, satu emosi... Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito hiburkan 4,000 peminat di Kuala Lumpur

Dalam pada itu, kedua-dua penyanyi berkenaan mengakui Malaysia mempunyai tempat istimewa di hati mereka sehingga dianggap sebagai rumah kedua.

Kata Fabio, sokongan yang diberikan peminat Malaysia sejak awal pembabitannya dalam industri muzik menjadikan negara ini cukup dekat di hatinya.

“Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya. Hampir setiap tahun saya datang ke sini. Malaysia mempunyai tempat yang istimewa kerana menyokong saya sejak awal lagi.

“Saya harap konsert kali ini akan menjadi satu kenangan yang indah dan bermakna buat semua,” kongsinya.

Sebab itu saya sentiasa ingin kembali ke Malaysia.

NADHIF BASALAMAH

PENYANYI

Sementara itu, Nadhif berpendapat hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia membuatkan dia sentiasa berasa dekat dengan negara ini.

“Bagi saya, Malaysia mempunyai nilai peribadi yang tersendiri. Hubungan antara Malaysia dan Indonesia sangat akrab kerana kita serumpun.

“Muzik boleh bertukar menjadi tenaga dalam cara yang kadangkala kita sendiri tidak faham. Sebab itu saya sentiasa ingin kembali ke sini,” ujarnya.

Berkongsi rutin kegemaran setiap kali berkunjung ke Malaysia, Fabio mengakui dia sangat menggemari nasi tomato yang mulanya diperkenalkan oleh peminat.

Konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur berlangsung 26 Julai 2026.

“Saya akan cari nasi tomato! Saya pernah diberi oleh peminat dan ia sangat sedap. Saya akan cari lagi nanti,” kongsinya.

Manakala Nadhif pula berkata dia gemar meluangkan masa di sekitar Bangsar, selain tidak melepaskan peluang menikmati nasi lemak kegemarannya.

“Kegemaran saya adalah Nasi Lemak Bumbung. Saya juga suka lepak di kawasan Bangsar seperti A Place Where (APW).

“Jadi kalau mahu cari saya di Kuala Lumpur, carilah di kawasan Bangsar,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain