PENYANYI Hasif Upin tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia sengaja menghasilkan kandungan dengan memaparkan menu pelik tanpa mendedahkan lokasi premis bagi meraih perhatian netizen.Menafikan tuduhan tersebut, Hasif atau Muhamad Hasif Sharaudin, 34, berkata dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan mana-mana peniaga atau memberikan gambaran buruk terhadap perniagaan mereka. Kata Hasif, tindakan tidak memaparkan nama premis bukan bermaksud mahu menimbulkan spekulasi, sebaliknya menghormati permintaan pemilik perniagaan.Perkongsian di Threads yang mendapat perhatian ramai."Pertama sekali, saya tak pernah pun petik mana-mana kedai atau cuba menjatuhkan mana-mana peniaga."Kenapa saya tak tunjuk kedai? Sebab setiap kali saya jumpa makanan yang unik atau pelik, saya akan minta izin dulu daripada pemilik kedai sebelum post. "Kalau owner tak bagi kebenaran untuk letak nama atau tunjuk kedai, memang saya tak akan letak," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun terpaksa duduk JB, Hasif Upin dedah tawaran nyanyian tak semeriah dulu ARTIKEL BERKAITAN: Sudah enam bulan tak boleh lepas, Hasif Upin dakwa dikejar janda pakai susuk… “Anak dia cuit leher saya”Dalam pada itu, Hasif menjelaskan tujuan utama dia membeli makanan seperti minuman matcha atau menu unik lain adalah sekadar untuk membuat ulasan."Tentang matcha atau makanan lain yang saya beli, memang tujuan saya beli adalah untuk review. "Kalau tengok konten-konten saya yang lain, banyak saja makanan unik yang saya tunjuk bersama nama kedai. Kenapa saya tak tunjuk kedai? Sebab setiap kali saya jumpa makanan yang unik atau pelik, saya akan minta izin dulu. HASIF UPINPENYANYI"Itu sebab owner kedai tersebut bagi kebenaran untuk saya paparkan," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai kritikan yang diterima, Hasif berkata dia sentiasa memastikan kandungan yang dihasilkan mematuhi etika sebagai pencipta kandungan."Saya pun tahu tentang undang-undang dan etika dalam membuat kandungan. "Bagi saya, orang nak cakap apa pun itu hak masing-masing yang penting saya tidak menganiaya atau merugikan sesiapa. Tujuan saya hanya untuk reviu makanan dan berkongsi pengalaman dengan followers.Hasif tidak terkesan dengan kecaman yang diterima di media sosial."Tak mengapalah, saya tak ambil hati. Saya doakan yang baik-baik saja untuk mereka," katanya. Sebelum ini, tindakan Hasif membuat reviu makanan pelik seperti ‘laksa matcha’ dan nasi sotong berwarna ungu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.Rata-rata berpendapat penyanyi lagu Dilema itu sengaja mencipta menu tersebut semata-mata untuk meraih perhatian ramai.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!