MULA menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua, isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya meluahkan kebimbangan sekiranya anak angkat mereka, Tiara terlalu meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh adik.Menurut Nor Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, dia tidak mahu kekecewaan yang pernah dilalui keluarga mereka pada tahun 2022 berulang kembali selepas percubaan IVF pertama tidak berjaya. "Tiara balik sekolah terus tanya baby, mama takut sebenarnya. Anne kini sedang menjalani rawatan IVF."Takut kakak (Tiara) terlalu berharap nak adik, mama takut kecewakan kakak lagi," katanya. Anne berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada petang Khamis. Dalam pada itu, Anne memberitahu dia dan suami tetap meneruskan usaha serta tidak putus berdoa agar proses IVF kali kedua itu dipermudahkan dan berjalan dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan isteri mulakan rawatan IVF selepas ‘birthday’ Tiara, minta netizen kongsi pengalamanARTIKEL BERKAITAN: Achey rasa janggal isteri dan anak makin popular, tak sangka banyak rezeki masukMeskipun berdepan rasa cemas dan takut, mereka tetap menyerahkan segala usaha kepada ketentuan Tuhan sambil terus berikhtiar demi impian untuk menambah zuriat dalam keluarga."Mama ingat lagi tahun 2022, awak sedih sampai tak nak makan sebab baby tak jadi (rawatan gagal). "Mama, ayah usahakan selagi kami mampu ya sayang. Mama dan ayah sayang awak sangat-sangat. "Terima kasih yang doakan kami," ujarnya. Anne dan Achey (kanan) masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.Difahamkan, Anne kini sedang melakukan rawatan IVF di sebuah pusat rawatan sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan serta menjimatkan kos berbanding sebelum ini yang dilakukan di Johor Bahru.Pada Disember 2022, Achey atau Mohd Nasir Hamzah memaklumkan isterinya menjalani proses rawatan IVF untuk memiliki zuriat, namun usaha itu tidak berjaya. Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!