suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pablo Amirul cadang tiket wayang bawah RM10, filem luar biar mahal... “Confirm ramai layan”

Pablo mencadangkan agar harga tiket wayang dikurangkan.

PELAKON Pablo Amirul menyokong pandangan diutarakan oleh pengarah Razaisyam Rashid mengenai cabaran besar untuk menarik orang ramai menonton filem di pawagam.

Menurut Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah menurunkan harga tiket filem tempatan bagi menggalakkan lebih ramai penonton.

"Platform digital antara penyumbang dan dah sampai masa pawagam caj mahal-mahal kembalikan wayang bawah harga RM10. 

Pablo berkongsi pendapat di hantaran yang dimuat naik oleh pengarah filem Tarung: Unforgiven.

Pablo berkongsi pendapat di hantaran yang dimuat naik oleh pengarah filem Tarung: Unforgiven.

"Confirm ramai pergi layan dan bezakan harga filem luar bagi mahal. 

"Kalau sama harga sah-sahlah orang layan filem luar," katanya. 

Pablo berkongsi pandangan tersebut menerusi ruangan komen pada satu hantaran yang dimuat naik Razaisyam di platform Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya orang dikenali, mustahil ke tempat macam itu” - Pablo Amirul berjam-jam pujuk isteri, cabar pemfitnah tunjuk bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati ‘scammer’ jual merchandise Tarung: Unforgiven... Pengarah nasihat jangan tertipu!

Dalam pada itu, Pablo turut mengucapkan tahniah kepada Razaisyam atas kejayaan filem arahannya, Tarung: Unforgiven yang berjaya mencatat kutipan memberangsangkan.

"Tahniah atas pencapaian baru anda abangku Razaisyam," ujarnya. 

Sebelum itu, Razaisyam meluahkan cabaran yang dihadapi penggiat industri perfileman dalam usaha menarik penonton ke pawagam.

"Nak bikin filem itu susah tapi nak bawa orang ke pawagam lagi susah," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain