suria

“Saya orang dikenali, mustahil ke tempat macam itu” - Pablo Amirul berjam-jam pujuk isteri, cabar pemfitnah tunjuk bukti

Amirul dilihat memujuk isterinya semasa siaran langsung.

GARA-GARA tuduhan negatif netizen timbul salah faham di antara pelakon Pablo Amirul dan isterinya Hana Rose.

Ia ekoran Pablo atau Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 42, didakwa pernah mengunjungi sebuah kedai air buah di Terengganu kerana pelayannya didakwa berpakaian­ seksi. 

Katanya, disebabkan tuduhan tersebut, dia mengambil masa yang lama untuk memujuk isterinya bagi menafikan perkara tersebut.

Pablo maafkan pemfitnah dirinya.

Malah menganggap gurauan melampau seperti itu bukan sahaja tidak kelakar, malah boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.

"Pengajaran untuk semua orang bergurau macam ini, tak cool. Ambil masa berjam untuk buktikan. 

"Kalau ada gambar atau video yang pernah berada di kawasan macam itu, saya cabar buktikan," katanya dalam ruangan komen Threads.

Sebelum ini seorang pengguna Threads meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir netizen suka bergurau keterlaluan sehingga mencetuskan perbalahan antara suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pablo Amirul sah bergelar suami Dr Hana Rose

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelamin nikah terbakar, Pablo Amirul selamba ketawa… “Kalau meletup saya selamatkan isteri dulu”

Dalam pada itu, Pablo bagaimanapun memilih untuk memaafkan individu yang memulakan tuduhan tersebut, namun menegaskan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi seperti yang diperkatakan.

"Saya maafkan siapa yang mulakan benda-benda macam ini. Dengan kerjaya saya, memang tak akan ke tempat-tempat macam ini.

"Saya orang yang dikenali, mustahil orang tak bergambar acara-acara macam itu atau ke tempat macam itu," luahnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Pablo sedang memberi penjelasan kepada isterinya berhubung dakwaan tersebut ketika melakukan siaran langsung di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain