PENGGUNAAN lagu tradisonal kanak-kanak berjudul Ikan Kekek dalam karya baharu penyanyi rap, Zamaera mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat.Perkongsian video sedutan yang dimuat naik oleh Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilan, 29, menerima pelbagai komen negatif daripada netizen yang mendakwa karya tersebut menghancurkan lagu asli berkenaan. Malah dalam hantaran Threads tersebut, Zamaera menganggap ia sebagai nafas baharu buat lagu klasik berkenaan.Luahan kecaman netizen di hantaran Zamaera."Warisan pada akar. Tenaga baharu dalam gerakan," tulisnya ringkas.Rata-rata menyifatkan lagu nyanyian Biduanita Negara, Puan Sri Saloma itu tidak wajar diubah atau dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.Lebih bertambah kurang senang apabila lagu tersebut turut menonjolkan tarian berserta pakaian yang tidak sesuai pada bulan Ramadan.ARTIKEL BERKAITAN: Dirakam tanpa pakaian, penyanyi rap Zamaera bengang privasi diganggu semasa berada di pusat urutARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan Zamaera dirakam secara rahsia, tiada bukti dijumpai"Maaf saya tak terima Ikan Kekek dengan seluar pendek dan tergelek-gelek. Ia lagu tradisonal masyarakat Melayu! Ikan Kekek, berseluar pendek."Tak reti hormat bulan Ramadan, pergi negara lain. Bukan Malaysia!"Mengekeklah kau dekat situ. Tolong jangan rosakkan lagu yang aku dengar elok sejak kecil.Zamaera masih lagi belum tampil dengan sebarang kenyataan.“Bukan sebab kenal tak kenal sis. Tapi beragaklah. Sesama islam. Takkan tak faham ni bulan ramadan nak post benda mcm ni,” komen netizen.Untuk Info, lagu Ikan Kekek terkenal dalam album 'Memori Hit Saloma' dan sering didengar sebagai lagu rakyat klasik.Sebelum ini, ia pernah dirakam semula oleh artis lain seperti Ismail Haron dan Anita Sarawak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube