suria

Tak sekadar janji manis! Alha Alfa serah RM20,000 bantu anak Amyza Aznan lawan kanser tulang

Alha serah sendiri wang sumbangan kepada Amyza dan anaknya.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Alha Alfa menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian hasil jualan produk miliknya kepada anak kedua pelakon Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.

Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 36, berkata sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan bagi membantu menampung kos rawatan termasuk cadangan menjalani kemoterapi di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

“Salam semua pengguna yang sokong pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua kak Amyza iaitu Adrian Adam, saya dah pun sampaikan amanah ini.

Amyza bersama anaknya Adrian bersama pasukan Alha Alfa.

“Semoga dipermudahkan urusan kak Amyza dan anak-anak, kami sentiasa doakan,” tulisnya dalam satu hantaran di Threads pada Rabu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Alha bersama pasukan Alha Alfa Cosmetics dilihat bertemu dengan Amyza dan anak keduanya, Adrian Adam bagi menyerahkan sumbangan berkenaan.

Dalam masa sama, Alha turut mendoakan agar Adrian diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Empayar Alha Alfa bermula daripada membantu bidik foto rakan sebilik

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat beli belah pandang Alha Alfa sebelah mata, letak iklan di kawasan pakaian bayi - “Sekarang minta buat program tarik orang datang”

“Semoga Ian (panggilan Adrian) sihat sediakala. Mari kita doakan kesembuhan untuk Ian, amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Alha tampil dengan inisiatif murni apabila melancarkan set produk khas bagi membantu Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Alha sentiasa bersedia membantu insan memerlukan.

Alha juga sudah mendapatkan keizinan daripada Amyza sebelum melaksanakan inisiatif tersebut menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

Sebelum ini, Amyza berkongsi berita duka apabila Adrian, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Perkhabaran sedih itu dimuat naik melalui akaun Instagram miliknya, sempena Ramadan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain