suria

Pusat beli belah pandang Alha Alfa sebelah mata, letak iklan di kawasan pakaian bayi  - “Sekarang minta buat program tarik orang datang”

Alha tidak terlepas daripada cabaran dalam dunia perniagaan.

KEJAYAAN Datuk Alha Alfa dalam dunia perniagaan tidak datang bergolek malah berdepan pelbagai cabaran dalam memastikan jenama kosmetiknya dikenali ramai.

Imbau Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 36, antara cabaran terpaksa diharungi termasuklah dalam menyakinkan pihak pengurusan pusat beli belah dalam mengiklankan produk keluarannya iaitu Alha Alfa Cosmetics.

Alha berkata, dia turut tidak terlepas menjadi mangsa sikap pilih bulu dan dipandang rendah apabila iklan produknya diletakkan di kawasan tidak strategik dan bukan tumpuan pengunjung.

"Pengorbanan itu penting supaya jenama antarabangsa pun goyah tengok jenama Malaysia mampu bersaing dengan mereka.

553

Alha kini mampu berbangga dengan kejayaan dikecapinya.

"Mereka (pusat beli-belah) pilih bulu. Berebut orang nak buat penjenamaan tapi hanya jenama tertentu sahaja yang dibenarkan.

"Mereka pernah campak iklan saya dekat kawasan pakaian bayi, dekat hujung-hujung ceruk yang tiada orang," katanya.

Alha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Alha turut mendedahkan kadar sewa lot di pusat beli-belah juga bergantung kepada keuntungan diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Empayar Alha Alfa bermula daripada membantu bidik foto rakan sebilik

ARTIKEL BERKAITAN: Mekap nikah Intan Najuwa terlalu ‘heavy’, Alha Alfa jawab kritikan netizen... “Saya tak salahkan pengantin”

Namun jika keuntungan rendah kadar sewa tetap tinggi malah meningkat setiap tahun sehingga menyebabkan banyak jenama tempatan tidak mampu bertahan.

"Sewa kedai pula mereka ikut mana yang tinggi, jika keuntungan tinggi maka itu kadar sewa. Sekiranya untung rendah masih ikut harga tetap.

"Selama setahun menyewa, harga naik... Mereka kata tak pernah ada jenama tempatan mampu bertahan lebih daripada lima bulan," dedahnya.

Bagaimanapun Alha meluahkan rasa syukur kerana jenamanya kini diterima baik sehingga diberikan tapak tetap di pusat beli belah selepas lima tahun.

Untitled design (71)

Alha sudah melalui pelbagai dugaan sebelum berjaya dalam dunia perniagaan.

Malah dia sereing diminat mengadakan program bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.

"Apa pun saya bersyukur sebab walaupun dicampak sana sini, sampai tahun ketiga mereka mula percaya dan beri saya kedai tetap.

"Sekarang mereka pula minta kami buat acara di sana untuk tarik lagi ramai orang," katanya.

Untuk rekod, Alha memulakan kerjaya sebagai jurusolek selebriti sebelum membuka empayar kosmetiknya sendiri pada 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain