PELAKON Sophia Albarakbah bersyukur apabila kualiti lakonannya bertambah baik dan menerima pujian daripada peminat sejak kebelakangan ini.Teruja dengan pujian tersebut, Sophia, 33, menjadikan segala komen positif sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan hasil kerja terbaik. Malah dia berharap selepas ini lebih dikenali menerusi bakat dan kualiti lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Sophia mahu hasilkan karya lebih berkualiti selepas ini."Alhamdulillah, saya sangat gembira sebab sebagai pelakon kita nak lakonan kita semakin baik. "Saya pun nak dikenali dengan lakonan bukan isu peribadi. Saya sangat gembira yang kerja keras saya orang dah perasan. "Ini mungkin permulaan untuk saya memperbaiki lagi mutu lakonan dan buat semua orang terkesan serta suka. Karya seterusnya nanti akan lagi terbaik untuk menghiburkan semua," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah jual air kelapa pandan asli di bazar Ramadan... "Kebanyakan peniaga campur gula dan ais, tak tahu tahap kebersihan"ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah masih trauma, tak berani buka DM di InstagramPelakon filem Amir Amira itu bagaimanapun enggan terus terperangkap dalam zon selesa atau terikat dengan karakter yang serupa dalam setiap naskhah. "Sudah semestinya karya yang lagi berimpak dan berat akan membuatkan penonton lagi suka tapi sebagai pelakon sangat susah nak bawa watak berat dan emosi kerana akan memberi kesan dalam kehidupan seharian. "Itu pengorbanan setiap pelakon untuk berjaya dalam karier, watak-watak begitu saya memang kena bawa. Tapi sudah semestinya saya tak nak terikat dengan karakter sama. Sophia dan pengurus sentiasa saling berbincang."Saya nak teroka watak-watak lain juga seperti aksi, 'period piece' macam zaman dulu atau orang gila. Kita tengok apa yang diberikan nanti. Pengurus saya tahu watak yang terbaik untuk saya," ujarnya lagi. Sebelum ini, Sophia menerima pujian positif daripada peminat mengenai kualiti lakonannya yang bertambah baik dalam beberapa drama terbaharu seperti Bisik Asmara, Jika Itu Salahku, Anak Mak dan banyak lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube