BEKAS personaliti TV, Izwan Azir Saleh berkongsi pengalaman pernah diputuskan talian ketika membuat lintas langsung untuk siaran berita. Mengimbau kembali kenangan tersebut, Izwan berkata, disebabkan dia terlalu ‘melalut’, bilik berita terpaksa memutuskan talian tersebut. "Dulu kali pertama buat lintas langsung (cross-over) aku punya melalut berpantunlah bagi bahasa bunga-bunga bagai dalam berita tu. "Tengah syok bagi laporan tahu-tahu dengar penyampai berita di studio kata 'kami minta maaf kerana terputus hubungan bersama wartawan di lokasi. Perkongsian Izwan di Threads miliknya."Mereka putuskan line weh, hanya macam itu saja," katanya. Izwan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya. Dalam pada itu, Izwan memberitahu pada mulanya dia menyangka berlaku masalah teknikal sebelum dimaklumkan perkara sebenar oleh penerbit."Aku tahu benda itu sebab tersipu-sipu terus tanya penerbit lokasi lepas kejadian itu, line kita ada masalah ke? ARTIKEL BERKAITAN: Izwan Azir Saleh (TV3), isteri kongsi kisah SyawalARTIKEL BERKAITAN: Hampir salah sebut Bagan Datuk semasa live... Wartawan puji Zahid Hamidi betulkan silap, sikit pun tak melenting"Dia (penerbit) jawab tak, Sri Pentas putuskan line entah apa kau melalut tadi. "Ini berita bukan kelas Sastera Melayu, lain kali terus ke point utama. Lapor dan kembali ke Sri Pentas. Terkebil-kebil aku dengar," ujarnya. Mengulas lanjut, Izwan menegaskan teguran ketika siaran langsung bukan sesuatu yang luar biasa dalam dunia penyiaran."Jadi bersyukurlah ada orang cuit bahu minta kita kawal masa ketika live. Izwan menganggap teguran ketika siaran langsung bukan sesuatu yang luar biasa dalam dunia penyiaran."Jangan marah. Elok lagi daripada tiba-tiba studio 'roll' iklan. Doa ke mana, amin ke mana nanti," katanya. Sebelum ini, cef selebriti Chef Wan mencetuskan perhatian ramai apabila dilihat mencuit pempengaruh Iddin Ramli ketika pendakwah itu sedang memimpin bacaan doa dalam satu siaran langsung.Tindakan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi dan tafsiran netizen yang membuat spekulasi tanpa mengetahui situasi sebenar di sebalik tabir.Bagaimanapun, menerusi penjelasan di TikTok miliknya, Chef Wan menjelaskan tindakannya itu dibuat atas dasar profesionalisme, bagi mematuhi arahan teknikal daripada pengurus lantai (floor manager).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube