suria

Sudah enam bulan tak boleh lepas, Hasip Upin dakwa dikejar janda pakai susuk… “Anak dia cuit leher saya”

Hasif mahu dapatkan rawatan Islam.

PENYANYI Hasif Upin mendedahkan dirinya didekati seorang wanita bersatus janda anak tiga yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam sejak enam bulan lalu.

Hasif atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin, 34, berkata segalanya bermula apabila wanita tersebut hadir ke majlis di rumah keluarganya di Johor. 

Menurut Hasif, wanita berkenaan tinggal di kawasan berhampiran namun kehadirannya menimbulkan rasa pelik kerana identiti sebenar individu itu tidak mengenalinya.

Hasif berkongsi sedikit perbualan dengan wanita berkenaan.

“Kakak saya buat kenduri arwah mak ayah. Dia tinggal dekat kawasan rumah kakak jadi dijemput sekali. Tapi tiba-tiba dia datang naik Grab sedangkan kakak saya tak kenal siapa dia.

“Lepas itu dia jual nama saya dan mengaku peminat Hasif Upin Ipin,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

Hasif dan pengurus turut menghantar wanita itu pulang atas dasar tanggungjawab disebabkan dia merupakan seorang peminat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin merayu minta dilepaskan, tak mampu bayar kalau disaman… Geram ada rakan artis jadi batu api

ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin jual sambal tampung hidup, syukur Fattah Amin beli 500 pek

Namun situasi menjadi janggal apabila salah seorang anak wanita berkenaan bertindak mencuit lehernya secara tiba-tiba ketika berada di dalam kereta.

“Masa dalam kereta, anak perempuan dia tiba-tiba cuit leher saya secara manja. Masa itu saya tak syak apa-apa dan biarkan saja,” katanya lagi.

Sejak kejadian itu, wanita berkenaan didakwa sering muncul dalam siaran langsung TikTok Hasif, meninggalkan komen serta kerap bertanya khabar secara peribadi.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut turut mengaku Hasif sebagai kekasihnya selain memuat naik foto bersama bersama dengan kapsyen seolah-olah mereka sebuah keluarga.

Hasif mudah rasa kasihan pada wanita berkenaan.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang sehingga mencetuskan pertengkaran antara mereka, namun Hasif mengakui dia tetap memaafkan wanita tersebut.

“Sampai sekarang sudah masuk enam bulan saya masih tak boleh lepas daripada kakak ini. Hati saya benci gila dekat dia, tapi dalam masa sama saya tak mampu lepaskan.

“Saya tahu apa yang patut saya buat, tapi tetap rasa tak boleh tanpa dia. Kalau keluar berkawan pun rasa nak bawa dia sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hasif mendakwa seorang rakan wanita tersebut memaklumkan kepadanya bahawa wanita berkenaan mengamalkan ilmu hitam dan berniat untuk menyelamatkannya.

Hasif bimbang dengan keadaan diri.

Walaupun tidak mempercayai perkara tahyul, Hasif mengakui perubahan emosi yang dialaminya sejak kebelakangan ini sukar dijelaskan secara logik.

“Kawan baik dia cakap wanita itu pakai susuk dan guna-guna. Dia tanya ada tak anak dia cuit-cuit saya. Kalau ada, maksudnya anak dia colek minyak guna-guna.

“Sekarang saya sedang mencari orang pandai untuk berubat sebab saya rasa macam menggigil dan teringin sangat nak jumpa dia,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain