PELAKON Ungku Ismail Aziz beranggapan bahawa bukan mudah untuk mendapatkan karya berkualiti dalam industri seni pada masa ini, berbeza dengan situasi suatu ketika dahulu.Ungku, 41, berkata, sebagai pelakon, dia terpaksa akur dengan permintaan semasa penonton yang lebih cenderung kepada karya bersifat ringan, walaupun jauh di sudut hati merindukan naskhah yang mempunyai nilai dan mesej mendalam. “Jujur aku cakap, sudah lama tak dapat naskhah yang berkhasiat macam ini. Kami sebagai pelakon pun penat dengan permintaan semasa, tapi apakan daya,” katanya.Syurgamu Ramadhan pernah cetuskan fenomena sebelum ini.Luahan itu dikongsikan Ungku menerusi satu hantaran di Threads miliknya, yang turut memaparkan sedutan drama Syurgamu Ramadhan, karya yang pernah dibintanginya sekitar tahun 2010.Menurut Ungku, cabaran bukan sahaja terletak pada aspek penerbitan, malah semakin sukar untuk bertemu penulis skrip yang benar-benar teliti dan bersungguh-sungguh menghasilkan karya yang menyentuh emosi penonton.“Lagi satu, penulis yang tengah ‘in’ sekarang pun tak ramai yang boleh tulis sesuatu macam ini,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ketegasan Ungku Ismail ajar anak tiri mengaji dipuji peminat... Nad Zainal tengah dahaga pun takut nak pergi dapurARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal tolak berlakon di bawah arahan suami, risau ‘gaduh’ di set hingga terbawa ke rumahLuahan tersebut meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Ungku, malah mengakui sudah muak dengan karya berunsur kecurangan yang semakin banyak dipaparkan kebelakangan ini.“Sepatutnya sekarang banyakkan karya macam ini. Bosan dengan cerita kecurangan, tapi ini juga permintaan semasa.Rindu karya-karya penuh teladan dan emosi,” antara komen netizen.Sekadar info, Syurgamu Ramadhan merupakan drama bersiri arahan Shahrulezad Mohameddin pada 2010 yang menampilkan pelakon hebat seperti Ellie Suriati, Eira Syazira, Zarina Zainoodin, Elfira Loy dan ramai lagi.Drama ini mengisahkan seorang nenek yang tidak dapat menerima cucunya selepas anak sulungnya melarikan diri pada malam pernikahan yang diaturkan olehnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube