suria

“Video owner itu buat sangat tak berasas, fitnah dan berbeza dengan cerita yang kongsi sekarang” - Betty Rahmad

Betty jelaskan situasi sebenar dakwaan bersikap biadab.

PELAKON dan usahawan Betty Rahmad tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan bersikap kurang sopan dan meninggikan suara kepada seorang penjual ketika berada di sebuah festival raya di Singapura. 

Menafikan perkara tersebut, kata Betty, 44, insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan dari negara berkenaan. 

“Saya bercakap dengan kawan saya kalau nak minta sesuatu dengan orang, tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.

Betty harap tiada yang salah faham dengan dakwaan tersebut. 

“Jadi, saya ajar kawan saya untuk cakap ‘I want this’ kalau nak minta sesuatu. Saya percaya korang ada kawan jenis macam ini," katanya. 

Betty menjawab perkara tersebut dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya pada Isnin. 

Tambahnya, dakwaan dibuat oleh usahawan yang dikenali sebagai Alif itu adalah tidak berasas kerana tidak menceritakan keseluruhan kejadian di lokasi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh biadab, pekik pekerja di khalayak ramai… Betty Rahmad bakal dedah cerita sebenar 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen keji penganjuran ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman, Betty Rahmad tampil pertahankan majlis rai bakal pengantin

“Dalam video yang owner itu buat, sangat tak berasas, menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Ia berbeza dengan cerita yang saya kongsi sekarang.

“Orang itu hanya cerita yang saya pergi dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita sebelum dan selepas kejadian," jelasnya. 

Betty didakwa bersikap kurang sopan terhadap seorang penjual. 

Dalam masa Betty juga memohon maaf jika salah faham yang berlaku telah menyinggung hati mana-mana pihak. 

Sebelum ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh Alif meluahkan rasa bengang terhadap Betty. 

Dakwanya pelakon itu bersikap biadab ketika membuat pembelian dengan meninggikan suara kepada salah seorang pekerja di sana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain