suria

Dituduh biadab, pekik pekerja di khalayak ramai… Betty Rahmad bakal dedah cerita sebenar

Betty dikatakan meninggi suara kepada seorang staf jualan.

SELEPAS tular video didakwa berkelakuan biadab, pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil mempertahankan diri dan menafikan perkara tersebut. 

Secara ringkas Betty, 44, memberitahu dakwaan tersebut bukanlah seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan asal Singapura itu. 

"Yang mana nak percaya dulu, silakan. Yang mana kenal saya tahu saya bagaimana," katanya. 

Betty akan jelaskan kekeliruan tentang insiden tersebut. 

Betty menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di TikTok miliknya. 

Dia dalam masa sama akan menjelaskan secara terperinci berhubung insiden itu dalam satu sesi siaran langsung. 

Sebelum ini tular sebuah video dimuat naik oleh seorang usahawan yang dikenali sebagai Alif meluahkan rasa berang terhadap sikap biadab Betty. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen keji penganjuran ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman, Betty Rahmad tampil pertahankan majlis rai bakal pengantin 

ARTIKEL BERKAITAN: Betty Rahmad bengang wajah anak dijadikan iklan produk suplemen, tak ambil makanan tambahan untuk bagi pandai

Dakwanya Betty meninggikan suara ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura. 

"Tahun ini kau pula kurang ajar. Betty datang dengan kawan dia dan jerit tak cakap baik-baik. Dia cakap 'saya nak ini'. 

Seorang usahawan luah rasa berang dengan sikap Betty. 

"Kau siapa? Jangan kurang ajar, awak patut minta maaf kepada staf saya," dakwanya. 

Dalam video sama, usahawan itu turut menyebut nama pengarah dan penerbit Erma Fatima yang juga dakwanya bersikap kurang ajar tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain