suria

Individu dakwa pelakon veteran gagal bayar sewa selama dua tahun…”Dia ingat ini rumah kebajikan kot”

Seorang pelakon lelaki didakwa tidak membayar sewa rumah.

SEORANG wanita sudah hilang sabar apabila mendakwa pelakon veteran, Rahim Omar gagal membayar sewa rumahnya selama dua tahun dalam satu hantaran di aplikasi Threads. 

Menurut wanita dikenali sebagai Nadzirahata, pelakon itu juga didakwa melabelnya sebagai terdesak apabila dia menuntut bayaran sewa yang tertunggak.

Selain isu tunggakan, Nadzirahata turut mendakwa rumah sewanya mengalami kerosakan sepanjang tempoh pelakon itu menetap di kediaman berkenaan.

Perkongsian yang dimuat naik di Threads ini mengundang perhatian ramai.

"Dah dua tahun tak bayar sewa rumah boleh cakap kita terdesak. Pak cik ini buat kelakar ke? Dia ingat itu rumah kebajikan kot.

"Pak cik ini pelakon filem dan drama terkenal. Ini belum aku dedahkan rumah aku yang melingkup lepas dia duduk dua tahun.

"Aku bagi rumah baru untuk dia duduk tapi aku tak tahu dia buat apa sampai jahanam rumah aku. Kos baiki pun beribu aku keluarkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran gagal bayar sewa rumah 4 bulan, degil tak mahu keluar… Pemilik buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat Datuk

Dalam hantaran tersebut dia turut memuat naik tangkap layar perbualan dipercayai aktor berkenaan tanpa menyunting nama mahupun foto profil Rahim.

Malah menerusi beberapa ciapan lain, Nadzirahata turut memuat naik foto keadaan rumah yang didakwa mengalami kerosakan. 

Dalam pada itu, dia menjelaskan kontrak sewaan berkenaan sepatutnya tamat pada Disember tahun lalu, namun pelbagai alasan diberikan bagi menangguhkan proses pemindahan.

Lebih mengecewakan, Rahim didakwa keluar dari kediaman tersebut tanpa memaklumkan kepadanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran tertunggak.

"Saya dah bagi notis keluar rumah dari bulan September 2025, mula-mula kata okay lepas itu dah bulan November dan Disember. Mulalah pusing cerita tak sempat nak cari rumah lain dan nak extend lagi.

Keadaan rumah yang tidak dijaga dengan baik.

"Macam-macam alasan rayuan minta simpati siap cakap kita ini sombong bagai. Jenis tak bersyukur ke dapat tuan rumah dari syurga ini. Itulah bila kita terlalu baik memang akan dipijak-pijak dan ambil kesempatan. 

"Dahlah keluar rumah macam itu jer dengan tak sign perjanjian keluar rumah sebab tiada duit nak bayar," luahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan sikap sebenar aktor berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain