suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat cadang Merrah sertai Wings, Awie tak mahu anak ikut langkah sama... Lebih utamakan pelajaran

PENYANYI Awie belum terfikir untuk mengambil anak lelakinya iaitu Putra Ahmad Merrah menyertai kumpulan Wings meskipun menerima banyak permintaan daripada peminat.

Kata Awie, 58, meskipun mempunyai gaya persembahan dan suara yang sama namun itu bukanlah tiket mudah buatnya anaknya menyertai kumpulan berkenaan.

Bagi Awie, dia mahu anaknya itu mengikuti proses sebenar bergelar anak seni namun tidak menggalakkan mengikuti jejak langkahnya.

“Tiada pula terfikir ke arah itu nak masukkan dalam Wings sebab yang saya fikirkan sekarang ini kehidupan Merrah terlebih dahulu.

“Belajar elok-elok dan jadi orang yang berguna tetapi jangan ikut langkah macam saya sebab proses yang dilalui sangat susah jadi artis.

“Sekarang zaman moden jadi jangan artis sebarangan, kalau macam untuk menyertai wings tu belum lagi kerana Merrah ada hidup dia sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi