suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak halal dunia akhirat” - Wafariena bengang klinik estetik hilangkan diri, belum lunas bayaran

PELAKON Wafariena Roslan mendakwa sehingga kini masih belum menerima sebarang bayaran daripada sebuah klinik estetik.

Bukan itu sahaja, Wafariena atau Wafa, 31, turut mendakwa pihak berkenaan cuba melarikan diri dan enggan melunaskan baki bayaran kepadanya.

“Macam biasalah, tak bayar lagi dan masih lagi lari atau hilang kita tak tahu.

“Tapi tak mahu tahu dah pun, apa pun tak halal dunia akhirat,” katanya.

Tambah Wafa, dia juga enggan membawa perkara itu ke mahkamah kerana tidak mahu mengeluarkan kos tambahan.

“Dahlah duit saya tak bayar, nak keluar duit lagi ambil peguam… nak bayar ni pun tak mampu, takkan nak bayar lebih banyak lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Wafariena telah dilantik menjadi duta oleh sebuah klinik estetik dan menggunakan wajahnya selama dua bulan untuk tujuan promosi tanpa sebarang bayaran diberikan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi