suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jumpa di akhirat nanti” — Arash tak maafkan individu didakwa jadi punca rumah tangga musnah

PEMAIN gitar kumpulan Tree Hill iaitu Arash mendakwa kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Lia Aziz.

Arash atau nama sebenarnya Arash Azimi Anuar, 28, bagaimanapun enggan mengulas lanjut atau mendedahkan mengenai individu berkenaan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Mungkin saya tak nak jelaskan benda itu secara panjang lebar. Tapi apa yang saya boleh cakap, bukan salah Lia dan bukan salah saya.

“Cuma ada seseorang yang menghancurkan rumah tangga saya yang dibina selama empat tahun ini dan saya memang tak boleh maafkan orang itu kita jumpa dekat akhirat je nanti.

“Saya rasa tak perlulah dedahkan siapa sebab orang itu tahu siapa yang saya maksudkan, sangat penat dan perit untuk diterima. Orang yang pernah lalui pasti faham macam mana sakitnya bila rumah tangga sendiri musnah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi