suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dah besar jerit, terajang tak sesuai” - Johan, Ozlynn sengaja bagi anak-anak rasa hidup susah

MENGETAHUI kos pendidikan yang semakin meningkat, pelawak dan penyampai radio Johan mengakui dia dan isteri, pelakon Ozlynn, sudah membuat perancangan awal demi memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, pendidikan merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ibu bapa, namun perkara berkaitan gaya hidup dan kemahuan peribadi anak-anak bukanlah satu perkara yang harus ditanggung sepenuhnya.

Ini kerana dia mahu anak-anak memahami nilai usaha dan pengorbanan serta belajar menghargai setiap kesenangan yang diperoleh.

"Pendidikan anak-anak tanggungjawab ibu bapa, tapi untuk lifestyle mereka belum tentu kita akan tanggung.

"Ibu bapa mana nak bagi anak mereka susah? Tiada. Tapi saya dan Ozlynn nak bagi anak-anak rasa susah supaya mereka hargai bila dah senang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ozlynn, 45, berkata pendekatan mereka dalam membesarkan anak-anak kini juga banyak berubah seiring peningkatan usia serta kematangan anak-anak.

Menurutnya, jika dahulu mereka lebih tegas dalam mendisiplinkan anak-anak, kini kaedah tersebut digantikan dengan komunikasi yang lebih terbuka dan berhemah di rumah.

"Bila dah makin berusia ini kami rasa nak hidup dengan tenang, anak pun makin besar, tiada lagi jerit atau rotan untuk mengajar.

"Sekarang lebih kepada mendidik dan bercakap... pijak ke terajang dah tak sesuai. Kita ajar mereka berfikir sebelum lakukan sesuatu," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi