suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos belajar kulinari hampir RM250,000, Imran Bard pasang impian buka restoran... “Kedai proper, bukan kampung tepi jalan”

PERSONALITI media sosial Imran Bard memberitahu pengajiannya dalam bidang kulinari di Toronto, Kanada selama tujuh bulan sudah pun tamat.

Imran atau Muhammad Al Imran Badaruddin, 25, berkata keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut dibuat kerana mahu mendalami ilmu masakan dan perniagaan secara profesional.

Malah, dia turut menyimpan impian untuk mengembangkan perniagaan keluarga dan membuka sebuah restoran yang lebih eksklusif.

"Sebab sebenar saya nak belajar bidang kulinari, mungkin saya nak buka kedai makan keluarga saya tapi dengan cara yang betul, bukan kampung-kampung tepi jalan.

"Maksudnya cantik macam fine dining, sebab itu saya belajar sampai sana," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai pengajiannya itu, Imran mendedahkan segala kos pembelajaran dan perbelanjaan sepanjang berada di Kanada ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Katanya, dia mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul wang sebelum berjaya merealisasikan impian menyambung pengajian di luar negara.

"Memang 100 peratus saya sendiri, sebab itu saya ambil masa sebab tiada biasiswa untuk hantar pelajar ke luar negara.

"Anggaran kasar kos saya untuk sijil selama tujuh bulan itu tak banyak jika dibandingkan dengan pelajar terima biasiswa sampai RM1.2 juta.

"Untuk saya mendapatkan sijil itu sahaja menelan belanja RM250,000, tapi dah kumpul lamalah," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi