suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badan cantik saja tak cukup, Aaron Aziz kata kena ada pakej lengkap... Puji pelakon aksi baharu boleh ‘fight’

PELAKON Datuk Aaron Aziz berpendapat aspek fizikal semata-mata tidak mencukupi untuk melahirkan seorang pelakon aksi yang mampu memberi impak kepada penonton.

Kata Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 50, seseorang pelakon perlu memiliki pakej lengkap termasuk kemahiran lakonan, disiplin serta kemampuan menjayakan babak aksi dengan baik.

Menurutnya, jalan cerita dan kredibiliti watak yang dibawakan lebih penting berbanding hanya bergantung kepada penampilan atau bentuk tubuh badan semata-mata.

"Jalan cerita lebih penting berbanding penampilan. Badan kalau cantik tapi tak boleh fight pun tak boleh juga, kena ada pakej.

"Alhamdulillah bila saya lihat pelakon aksi baharu semua ada badan dan boleh fight," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Aaron berkata penonton masa kini lebih gemar melihat pelakon yang memiliki penampilan menarik, sama seperti trend yang dipaparkan dalam drama Korea Selatan.

Bagaimanapun, Aaron melihat perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang positif selagi ia seiring dengan peningkatan kualiti lakonan dan penghayatan watak yang dibawa.

"Sekarang semua tengok cerita Korea, lawa, cantik, kacak, boyish look. Samalah dengan drama Melayu kita," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi