suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afdlin Shauki lebih aktif selepas buat bariatrik, kerap bersenam elak badan menggeleber

PENGARAH dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas hampir tiga bulan menjalani pembedahan bariatrik.

Menurut Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 55, dia kini lebih disiplin menjaga rutin harian termasuk bersenam setiap pagi.

Katanya, perubahan gaya hidup itu penting bagi memastikan kesihatan serta bentuk badannya kekal stabil selepas prosedur berkenaan.

“Dulu saya 128kg sekarang saya 96kg, hampir tiga bulan. Kalau buat bariatrik tapi tak bersenam nanti badan akan menggeleber, jadi kena bersenam. Setiap pagi lepas solat Subuh saya akan berjalan 40 minit dan buat angkat berat sikit.

“Kena disiplin tapi senang sebab rasa lapar pun dah berkurang, makan dalam tiga atau empat sudu pun dah kenyang,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai perkembangan kerjaya lakonan termasuk kemungkinan untuk kembali dengan projek filem Soal Hati, Afdlin berkata dia menyerahkan perkara itu kepada keadaan dan perancangan semasa.

Malah, Afdlin turut mendedahkan dia menerima panggilan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang bertanyakan mengenai kemungkinan untuk kembali berlakon dalam francais Gerak Khas.

“Kak Habsah Hassan ada hubungi kata kalau saya turun lagi nak buat part 3, saya cuma kata tengoklah macam mana.

“Tiba-tiba Datuk Yusof hubungi tanya nak berlakon Gerak Khas tak? Menariklah, ada peluang baharu,” jelasnya.

Sebelum ini, Afdlin mendedahkan dia mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik selepas masalah diabetes yang dihadapinya semakin serius, sekali gus mendorongnya untuk mengubah gaya hidup demi kesihatan jangka panjang.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi