suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kodi Rasheed tak kecil hati, tenang jawab tuduhan kurus kerana ambil 'barang'

PELAKON Kodi Rasheed menafikan tuduhan yang mendakwa dia ada mengambil barang terlarang susulan perubahan fizikalnya yang kini dilihat semakin kurus.

Menurut Kodi atau nama sebenarnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, dia tidak terkesan dengan dakwaan itu sebaliknya memilih untuk menjawab segala persoalan dengan positif mengenai dirinya.

“Orang nak cakap apa itu hak masing-masing, bila mereka tanya saya jawab sahaja kalau tanya saya sihat ke, saya cakap Alhamdulillah sihat sebab ada juga orang tanya kenapa kurus, saya cakap sebab persediaan untuk filem.

“Saya bukan ambil barang atau sakit apa-apa. Kalau saya ambil benda bukan-bukan, saya sendiri tak boleh nak shooting.

“Buat apa saya nak rosakkan badan untuk benda-benda yang bukan-bukan sedangkan saya makan elok dan sihat sahaja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi