suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Woi mangkuk, dah dua kali kamu tuang!” - Pelajar PJJ universiti swasta hamun pensyarah, berang kelas tertangguh

Antara cabaran utama pelajar PJJ adalah mengurus masa dengan berkesan sambil menyeimbangkan tuntutan akademik, pekerjaan dan keluarga.

ADAB menuntut ilmu sering ditekankan sebagai asas paling penting yang perlu dijaga oleh setiap pelajar, tanpa mengira peringkat usia. 

Di Threads, tular satu perkongsian yang mencetuskan perdebatan susulan luahan kesal seorang individu terhadap tindakan pelajar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sebuah universiti swasta, didakwa bertindak kurang ajar terhadap pensyarahnya.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut berkongsi tangkap layar (screenshot) mesej yang didakwa ditinggalkan pelajar terbabit dalam ruang forum perbincangan kelas.

"Woi mangkuk, bila nak start kelas? Dah dua kali kamu tuang (ponteng) dah ni," tulis pelajar berkenaan tanpa segan silu menggunakan bahasa kesat terhadap tenaga pengajarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terap budaya barat, pensyarah benar pelajar makan waktu kuliah... Tapi jangan naik lemak jamah nasi beriani!

ARTIKEL BERKAITAN: Malu seumur hidup! Gadis sangka pensyarah tenung sebab ‘minat’... Rupanya tahi hidung keluar-masuk ikut nafas

Sementara itu, perkongsian berkenaan turut memaparkan jawapan balas daripada pensyarah terbabit.

Di sebalik makian diterima, pensyarah itu dilihat kekal tenang dan profesional ketika menjawab mesej pelajarnya.

"Assalamualaikum Encik XXXXX. Semoga tuan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Maaf di atas kelewatan kelas e-tutorial pada malam ini yang disebabkan oleh gangguan masalah talian internet. Sekian untuk makluman tuan dan rakan-rakan pelajar," jawab pensyarah berkenaan penuh santun.

PJJ memberi peluang kepada ramai individu untuk meningkatkan kelayakan akademik dan mengembangkan potensi diri.

Individu yang memuat naik perkongsian itu turut menegaskan bahawa ilmu perlu disertai dengan adab, selain mengingatkan bahawa kelewatan atau kesilapan tenaga pengajar bukan alasan untuk menghina.

"Sebelum mencari ilmu, belajarlah adab. Pensyarah mungkin terlambat, guru mungkin tersilap, tetapi itu bukan tiket untuk kita menghina. 

"Orang berilmu dikenali melalui akhlaknya, bukan semata-mata sijil yang dimiliki," katanya.

  • Seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang pelajar PJJ universiti swasta yang didakwa guna bahasa kesat terhadap pensyarah.
  • Dia berkongsi tangkap layar mesej pelajar yang memarahi pensyarah dengan kata-kata kasar kerana kelewatan kelas.
  • Pensyarah berkenaan bagaimanapun dilihat menjawab secara profesional.
  • Individu tersebut menegaskan bahawa adab dalam menuntut ilmu perlu dijaga.
  • Hantaran itu turut mendapat perhatian beberapa figura terkenal, selain meraih lebih 1,000 ulang siar dan 800 komen di media sosial.

Tambahnya lagi, sekiranya tidak berpuas hati, pelajar seharusnya menggunakan bahasa yang lebih sopan dan profesional sebagai tanda kematangan, khususnya di peringkat pengajian tinggi.

"Jika tak puas hati, gunalah bahasa yang lebih sopan dan profesional. Itu lebih mencerminkan kematangan seorang pelajar universiti," ujarnya.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa kesal selain mengecam sikap pelajar terbabit yang biadab.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut meninggalkan komen pada perkongsian berkenaan. 

Apa yang menarik, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dilihat turut meninggalkan komen pada perkongsian berkenaan.

"Ya Allah, selamatkanlah anak-anak muda ini dengan ilmu dan adab pekerti. Kembalikan bangsa ini dengan suburnya santun dan lembut tutur katanya," tulis Mohd Fadzilah.

"Astaghfirullahalazim," komen Dr Zulkifli pula.

Sehingga kini hantaran berkenaan meraih lebih 1,000 repost dan lebih 800 komen netizen.  

Artikel Lain