suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harapkan anak lelaki bermunajat selepas tibanya ajal, ibu tak tinggal harta untuk zuriat perempuan - “Mak cakap doa saya lambat sampai”

Seorang anak pastinya mencari jalan untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapanya. -Gambar hiasan AI (kiri)

HARAPAN seorang wanita untuk menunaikan ibadah umrah bersama ibu tersayang tidak kesampaian apabila hasrat murninya itu ditolak mentah-mentah.

Lebih menyedihkan, kenangan pahit itu terus menghantuinya apabila si ibu meninggal dunia ketika dia belum sempat menyempurkan impian berkenaan.

Menurut wanita berkenaan, dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Bagaimanapun, arwah ibunya dahulu lebih bercita-cita untuk menunaikan umrah bersama anak-anak lelaki sahaja.

Melaksanakan ibadah haji dan umrah merupakan impian setiap umat Islam. -Gambar hiasan

"Masa mak masih hidup, dia tak mahu ikut saya pergi Tanah Suci. Alasannya sebab nak pergi dengan anak-anak lelaki," luah individu yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Kisah duka itu tidak berhenti di situ.

Selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir, wanita itu mendakwa tiada seorang pun daripada adik-beradik lelakinya tampil melaksanakan badal haji atau umrah buat arwah.

Malah menurutnya lagi, kesemua harta pusaka peninggalan arwah ibunya juga telah dilicinkan oleh adik-beradik lelaki, manakala dia langsung tidak menerima sebarang bahagian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak rasa apa-apa... kosong” - Remuk hati seorang anak di Tanah Suci, ibu luah ayat ‘bisa’ masa tengah saie

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”

"Anak-anak lelaki dapat semua harta yang ditinggalkan arwah. Saya memang tak dapat apa-apa pun. Maklumlah mak pernah cakap, doa saya lambat sampai dekat dia.

"Doa anak-anak lelaki lagi cepat dan makbul apabila dia sudah meninggal," luah wanita itu lagi.

Perkongsian menyayat hati itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka mempertikaikan kepercayaan kolot sesetengah masyarakat kononnya doa anak lelaki lebih mustajab berbanding anak perempuan.

Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang, dilihat terlalu melebihkan anak lelaki sehingga mengabaikan emosi anak perempuan.

  • Hasrat seorang wanita untuk menunaikan umrah bersama ibunya tidak kesampaian.
  • Dia mendakwa sering berasa diketepikan kerana merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
  • Ibunya dikatakan pernah menyatakan bahawa doa anak lelaki lebih cepat dimakbulkan berbanding anak perempuan.
  • Selepas kematian arwah, badal haji atau umrah didakwa masih belum dilaksanakan oleh adik-beradik lelakinya.
  • Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai layanan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan.

"Saya tak pernah dengar ada hadis atau ayat al-Quran yang mengatakan doa anak lelaki lebih cepat dimakbulkan. Yang saya tahu, selepas mereka tiada, amalan dan doa daripada anak soleh dan solehah yang dibawa.

"Kenapa sesetengah mak selalu lebihkan anak lelaki? Saya ada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kasih sayang kepada mereka sama sahaja. Semua anak berhak dilayan dengan adil.

"Mak memang selalu lebihkan anak lelaki. Dalam famili saya pun macam tu la. Apa-apa, anak lelaki dulu. Nak bantu itu ini, anak lelaki dulu. Walhal saya anak perempuan pun susah daripada tu," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain