suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum terfikir soal kahwin, wanita dibelenggu masalah nafsu membuak-buak - “Ada ke cara untuk kawal?”

Wanita yang masih bujang perlu menjaga batas pergaulan agar tidak terjerumus ke kancah maksiat. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu pastinya mempunyai sasaran umur tertentu untuk mereka menamatkan zaman bujang dan membina keluarga.

Menurut seorang wanita bujang, dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin, namun kini dibelenggu masalah nafsu syahwat yang tidak terkawal.

"Saya perempuan berusia 26 tahun. Saya target nak cari teman lelaki bila umur 28, kemudian baru kahwin selepas itu.

Waktu terluang sepatutnya diisi dengan perkara yang berfaedah. -Gambar hiasan AI

"Masalahnya sekarang saya belum kahwin, tapi nafsu saya membuak-buak. Saya terfikir, macam mana akak-akak umur 30-an dan 40-an yang masih tak kahwin.

"Ada ke cara untuk kawal benda ni? Sedangkan saya ni sentiasa bersukan, bekerja, ikuti kelas ekstra lagi," luah wanita itu.

Dia berkongsi hantaran itu menerusi platform X pada Selasa.

  • Wanita raih perhatian netizen selepas luah masalah dihadapinya di X.
  • Menurut wanita itu, dia berdepan masalah sukar mengawal nafsu syahwatnya.
  • Lebih teruk, dia baru berusia 26 tahun dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.
  • Netizen beri nasihat supaya dia penuhkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Di ruangan komen, beberapa netizen tampil nasihat kepada wanita itu dalam menangangi masalah yang dihadapinya.

Namun, ada juga segelintir individu yang menuduh wanita itu pernah terlanjur sehingga mengalami ketagihan seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah terlanjur tapi bukan boyfriend! Gadis susah nak lupa lelaki baru kenal, rupanya tunang orang!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayi

"Penuhkan aktiviti harian kamu, jangan biar ada masa kosong. Nafsu tu biasa la, tapi kena belajar kawal.

"Ada terbaca, orang yang aktif bersukan ni hormon nafsu dia lagi kuat. Entah betul ke tidak," tulis netizen.

Artikel Lain