Menyelongkar barangan milik kakitangan lain bukan sahaja tidak profesional, malah mengundang konflik di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
KEHILANGAN pekerjaan secara mengejut sememangnya boleh memberi kesan besar kepada seseorang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kerjaya yang diminati dan menjadi sumber pendapatan utama untuk menyara hidup.Namun, apa yang lebih menyakitkan apabila situasi tersebut berpunca daripada tindakan khianat dan penganiayaan oleh pihak lain yang kurang senang sehingga tergamak menutup periuk nasi seseorang. Begitulah luahan seorang wanita yang mendakwa kehilangan pekerjaan gara-gara tindakan seorang pengurus di syarikat tempat dia bekerja.Menurut wanita yang juga bekas pekerja kilang itu, segala-galanya bermula apabila pengurus berkenaan bertindak menceroboh dan menyelongkar mejanya sehinggalah menemui satu surat peletakan jawatan yang ditulis sebagai draf peribadi.Persekitaran kerja yang toksik boleh menjadi punca seseorang kehilangan motivasi di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Aku hilang kerja yang aku suka sebab seorang manager ni. Dia selongkar meja aku dan jumpa surat resign yang aku pernah tulis, in case aku nak guna apabila aku dah ready."Surat tu hanya draft je. Sebab aku tengah menghitung hari, nak resign tu bila tak tahu lagi. Still lah aku tak pass sendiri by hand pun. Kertas tu dilipat dan diletak bawah laptop," tulisnya dalam perkongsian di media sosial.Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak menyangka surat berkenaan digunakan sebagai asas untuk memproses peletakan jawatannya.ARTIKEL BERKAITAN: Serah notis berhenti 24 jam selepas ‘sedap’ cuti 98 hari... Wanita bengang rakan sekerja baru habis ‘maternity leave’ penting diriARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ 24 jam sebab majikan buat gangguan seksual... HR, bini bos ‘pusing’ cerita - “Saya pula dituduh nakkan laki dia”Dakwanya, pengurusnya telah menyerahkan surat berkenaan kepada pihak sumber manusia (HR) tanpa pengetahuan atau persetujuannya."Dia ambil dan pass dekat HR untuk proses. HR tak ada telefon aku apa pun."Tahu-tahu aku dah tak boleh masuk aplikasi kehadiran. Tahu-tahu HR WhatsApp suruh pulangkan company property devices. Kejam gila," luahnya.Wanita berkenaan mengakui masih berasa terkilan dengan apa yang berlaku kerana merasakan dirinya telah dikhianati oleh individu yang tidak menyukainya di tempat kerja.Seorang wanita kongsi pengalaman pahit pernah kehilangan kerja secara tiba-tiba.Semuanya berpunca apabila pengurusnya menyelongkar meja dan terjumpa draf surat peletakan jawatannya.Pengurus terus serah kepada HR tanpa pengetahuannya.Tanpa diduga, dia dihubungi pihak HR untuk memulangkan semua barang syarikat selain tak boleh akses aplikasi kehadiran.Netizen sarankan wanita itu buat laporan polis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Korang tak suka aku, korang suka-suka je khianat orang macam ni," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan ramai menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak profesional kerana proses peletakan jawatan tidak melalui prosedur yang jelas kerana tidak mendapat pengesahan daripada pekerja itu sendiri.Ramai yang menyarankan Wanita tersebut supaya mengambil tindakan kerana haknya sebagai seorang pekerja dinafikan."Report polis. Sebab sekarang akta baru di Bawah PDRM. Pertama, selongkar tempat. Kedua, buang kerja tanpa notis. "Macam pelik je. Saya sebagai HR, kalau staf hantar surat letak jawatan pun saya akan panggil untuk tanya apa masalah."Report je sis. Itu je cara nak ajar orang kurang ajar begitu," demikian antara komen netizen.