KETIKA rakan-rakan seusianya mula mendirikan rumah tangga, seorang pemuda mengakui dia masih lagi bergelut untuk menerima hakikat mengenai konflik dalaman dirinya yang tertarik kepada kaum sejenis.Menurut pemuda itu, timbul rasa sedih dan terkilan dalam lubuk hatinya setiap kali melihat kebahagian orang lain, sedangkan dia terpaksa saban hari berperang melawan naluri songsang yang menjadi ujian terbesar hidupnya. "Kadang-kadang saya terfikir, kenapa Tuhan pilih saya untuk jadi gay? Sedih sangat apabila tengok orang lain berkahwin dan hidup bahagia.Individu normal pastinya mahu mendirikan rumah tangga bagi membina keluarga. -Gambar hiasan AI"Saya pula susah sangat nak ada perasaan terhadap perempuan. Satu benda yang saya tak pernah dapat ubah adalah menjadi gay. "Saya terpaksa sembunyikan perasaan sebenar, seolah-olah ditakdirkan untuk tidak pernah merasai hubungan normal," luahnya menerusi Threads.Menurut pemuda itu lagi, dia juga sedih kerana terpaksa berdepan dengan pandangan negatif orang sekeliling terhadapnya.Seorang pemuda gay berkongsi luahan hatinya di Threads.Dia mengakui cemburu melihat kawannya mendirikan rumah tangga.Pemuda itu cuba untuk berubah, namun masih gagal melawan nalurinya.Dia juga sedih kerana dituduh tidak berusaha untuk mengubah dirinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kenapa saya yang dipilih untuk ujian sebesar ini? Saya tak pernah minta pun untuk ada perasaan seperti ini."Yang paling menyakitkan apabila ada orang tuduh saya tak berusaha untuk berubah. Saya tahu saya tak normal, saya tahu saya golongan yang dilaknat. "Penat sebenarnya apabila setiap hari cuba berubah, tetapi memang susah untuk ubah perasaan sendiri. Sejak kecil saya fikir ada sesuatu yang tak kena dengan diri saya," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lamaARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonohDi ruangan komen, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat pemuda itu agar dia kuat melawan perasaannya yang tertarik kepada kaum sejenis."Syukur awak sedar dik. Dapatkan bantuan pakar, bukannya melalui Threads. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat."Kalau boleh elak maksiat. Nanti perlahan-lahan hati jadi tawar untuk buat benda bukan-bukan. Moga Tuhan buka pintu hati awak," pesan netizen lagi.