suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Masa sembang okey, waktu rehat kena tinggal!” – Pekerja baharu sedih rakan ofis keluar tak ajak, buntu cari kedai makan

Suasana di tempat kerja yang kurang menyenangkan boleh menjadi punca pekerja mudah tertekan. -Gambar hiasan AI

RASA terpinggir ketika waktu rehat di tempat kerja menjadi antara cabaran emosi yang sering dialami pekerja baharu, lebih-lebih lagi apabila terpaksa menyesuaikan diri dalam persekitaran serba asing.

Begitulah situasi sukar yang dihadapi seorang individu apabila dia meluahkan rasa buntu selepas sering ditinggalkan rakan sekerja setiap kali tibanya waktu makan, meskipun hubungan mereka kelihatan cukup baik dan mesra ketika bersembang di pejabat.

Menurut individu itu, dia baru sahaja menarik nafas lega selepas memperoleh pekerjaan tersebut setelah enam bulan menganggur dan setakat ini tidak berdepan masalah dengan pihak pengurusan syarikat.

"Saya baru dapat kerja lepas enam bulan menganggur. Dekat syarikat baharu sekarang, manager dan assistant manager baik buat masa ni.

Belajar untuk sesuaikan diri di tempat kerja baharu dengan bergaul. -Gambar hiasan AI

"Tapi co-worker kalau masa bersembang okey, tapi apabila waktu rehat selalu tinggalkan saya macam tu saja. Jadi macam mana ya nak ajak makan sama-sama?" tulisnya.

Tambahnya lagi, dia sebenarnya pernah cuba memberanikan diri untuk menyuarakan hasrat mahu keluar makan bersama rakan sekerjanya itu, namun usahanya tidak menerima sebarang respons positif.

Jelas individu berkenaan, dia bukanlah mengharapkan layanan istimewa sebagai orang baharu, sebaliknya berasa sukar untuk berdikari pada waktu rehat kerana dia berasal dari negeri lain dan masih belum biasa dengan selok-belok kawasan sekitar tempat kerja.

"Saya bukannya manja, cuma saya ni orang baharu dari negeri luar, bukan asal dari tempat yang saya kerja sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos tak bagi WFH jaga anak demam, pekerja ‘pulang paku buah keras’ selepas diminta siapkan kerja waktu cuti

ARTIKEL BERKAITAN: Macam hamba abdi! Pekerja asing kena ‘sesah’ 16 jam sehari tanpa cuti, tidur belakang stor - “Dia pun manusia ada perasaan”

"Tak tahu nak makan di mana. Kalau boleh nak keluar rehat dengan mereka sekali. Sini tak ada kantin atau tempat makan jadi semua beli dekat luar.

"Dengar mereka bersembang ada vendor (jual makanan), tapi saya ada cuba cari hari tu tak jumpa," katanya lagi.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang mana rata-ratanya berpendapat bahawa waktu rehat di pejabat merupakan 'masa peribadi' seseorang dan tidak semestinya perlu dihabiskan bersama rakan sekerja yang lain.

"Pergi kerja untuk kerja, bukan nak berkawan. Pergi kerja, buat kerja, makan, solat kemudian balik.

  • Pekerja baharu rasa tersisih waktu rehat.
  • Rakan sekerja sering tinggalkan dia makan bersendirian.
  • Berasal dari negeri luar, tak tahu lokasi makanan.
  • Luahan pekerja baharu raih perhatian netizen.
  • Netizen anggap waktu rehat ramai ambil peluang uruskan hal peribadi.

"Kadang-kadang masa rehat inilah masing-masing nak uruskan hal peribadi selain kerja. Ada yang nak ambil anak balik sekolah, ada yang nak lepak lepaskan stres.

"Ada yang makan cepat-cepat sebab nak siapkan macam-macam. Kalau makan sekali tak ke lambat jadinya. Tenang-tenang je, makan seorang diri sambil layan K-drama.

"Saya lagi suka makan seorang diri dekat pejabat. Bawa bekal, tengok movie. Masa rehat dekat pejabat je la boleh marathon cerita yang saya nak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain