SETIAP wanita pasti ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun terpaksa menempuh fasa sukar sebagai seorang ibu tunggal.Malah ada yang sanggup menepis jauh-jauh rasa malu apabila terpaksa menurunkan taraf hidup (downgrade lifestyle) daripada mengamalkan gaya hidup mewah kepada berbelanja sekadar ikut kemampuan diri. Berkongsi pengalaman penuh jerih-perih sedemikian, seorang wanita meluahkan bagaimana roda kehidupannya berubah sekelip mata selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya."Malu jangan cakaplah sebab lepas ambil keputusan untuk bercerai dengan suami, satu sen pun dia tak bagi.Setiap ibu pasti akan mengutamakan anak-anaknya dalam apa jua urusan. -Gambar hiasan AI"Demi anak lelaki, saya bekerja sebagai receptionist di hotel," luahnya di Thread.Mengakui berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pandangan dan tanggapan rakan, namun dia memilih untuk tidak mengendahkannya.Baginya, fokus mencari rezeki yang halal demi membesarkan anak adalah keutamaan pada masa tersebut."Ramai kawan-kawan tengok tapi simpan sikap malu...peduli apa, aku cari rezeki halal untuk anak.Wanita terpaksa ubah gaya hidup selepas bercerai.Dakwa bekas suami tidak beri nafkah walau satu sen.Bekerja sebagai receptionist hotel demi anak lelaki.Dari ada pemandu sendiri, kini urus hidup sendiri.Kini berjaya miliki butik selepas bangkit daripada kesusahan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Hidup saya dulu ada pemandu peribadi tapi sekarang bawa kereta sendiri," tambahnya menggambarkan perubahan gaya hidup yang dialami.Kata wanita itu lagi, kesukaran yang dialami sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.Ekoran itu dia kini menzahirkan rasa syukur apabila segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memiliki perniagaan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi realiti titik paling rendah dalam hidup... Makan gaji RM2,100 tak cukup, hutang melebihi pendapatanARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal terkilan kawan ‘flex’ dapat nafkah RM11,000 daripada suami, siap WhatsApp tunjuk resit transaksi - “Entah apa niat dia”Perkongsian menyentuh hati itu dibuat bagi menjawab pertanyaan seorang pelayar di Threads yang ingin mengetahui pengalaman individu yang pernah melalui fasa 'downgrade lifestyle', dan ia nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.Rata-rata warga maya tidak putus-putus menghujani ruangan komen dengan pujian melihat kebangkitan wanita berkenaan yang dianggap sangat luar biasa."Hebatnya seorang ibu, sangat memberi inspirasi."Orang yang biasa buat bisnes mesti akan masuk line bisnes semula," demikian reaksi netizen.