suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat murni nak belanja keluarga guna gaji pertama terkubur... Mak langsung tak berminat lepas tahu pilihan kedai!

Persepsi orang sekeliling terhadap pekerjaan yang dilakukan ada kalanya boleh membuatkan seseorang rendah diri. -Gambar hiasan AI

MENERIMA gaji pertama selepas memasuki alam pekerjaan semestinya menjadi detik yang cukup bermakna buat kebanyakan individu.

Selain meraikan hasil titik peluh sendiri, ada juga yang memilih untuk berkongsi kegembiraan tersebut bersama insan tersayang. 

Di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila niatnya untuk membawa keluarga menikmati makan malam selepas menerima gaji pertama seolah-olah tidak disambut baik oleh ibunya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat gaji pertama, mak minta semua! Lepas 32 tahun baru wanita ini faham erti berkat - “Saya ingat benda ni dongeng”

ARTIKEL BERKAITAN: Niat belanja keluarga guna gaji pertama bertukar trauma, bapa mengamuk anggap membazir... Kesan emosi membawa sampai besar

"Apabila dah dapat gaji pertama kerja ni, saya ingat nak belanja keluarga makan. Bajet dalam RM150 untuk tujuh orang.

"Saya bajet nak makan di kedai masakan Thailand biasa je," katanya memulakan cerita.

Bagaimanapun menurut individu itu, niatnya terbantut selepas hasrat yang disuarakan menerima reaksi kurang menggembirakan daripada ibunya.

Segelintir individu membanting tulang demi memberi yang terbaik kepada keluarga sehingga mengetepikan keperluan sendiri. -Gambar hiasan AI

"Mak cakap... kalau setakat kedai macam tu, baik mak masak dekat rumah," ujarnya.

Menurut individu itu, kata-kata tersebut membuatkan dia berasa sedikit terkilan memandangkan niatnya hanyalah untuk berkongsi rezeki pertama bersama keluarga mengikut kemampuan yang dimiliki.

Tambahnya, dengan pendapatan sekitar RM1,700 sebulan, dia juga perlu memikirkan pelbagai komitmen serta perbelanjaan lain.

"Salah ke kalau saya terasa sebab gaji RM1,700 je. Banyak benda lain lagi saya nak fikir. Cuba anda bagi pendapat," kongsinya sambil meminta pandangan netizen.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.

  • Seorang individu sedih niatnya untuk belanja keluarga makan sempena gaji pertama ditolak oleh ibu.
  • Dia memperuntukkan RM150 untuk makan di restoran masakan Thailand.
  • Bagaimanapun ibunya menolak dengan memberitahu lebih baik untuk masak di rumah.
  • Reaksi ibu membuatkannya sentap seolah-olah hasratnya diperlekeh.
  • Netizen berpandangan individu itu tak wajar kecil hati dan anggap ibunya tak mahu dia membazir.

Ada yang berpendapat ibu kepada individu berkenaan tidak sewajarnya 'membunuh' kegembiraan dengan memberikan reaksi sedemikian.

Namun begitu, ramai berpandangan kemungkinan ibunya tidak berniat memperkecilkan usaha tersebut, sebaliknya mahu mengelakkan indivivu itu berbelanja berlebihan memandangkan dia baru sahaja memulakan kerjaya.

"Maksud mak awak tu, beli barang dapur dalam RM150 lagi berbaloi. Mak awak masak lagi sedap. Kedai Thai bukan sedap mana pun.

"Beli barang masak buat shellout dekat rumah. Makan ramai-ramai. Kadang emak-emak ni tak berapa suka makan dekat luar," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain