Kanak-kanak tidak patut dibiarkan bebas bermain sewaktu menghadiri majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI
SETIAP majlis yang berlangsung pastinya memerlukan pelbagai persiapan rapi dan pengorbanan masa demi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang cela.Namun, perkongsian seorang wanita di media sosial mencetuskan rasa geram ramai apabila dia mendedahkan, dekorasi barang hantaran untuk majlis pertunangan kakaknya rosak selepas 'dikerjakan' oleh kanak-kanak yang dibiarkan bermain tanpa pengawasan. Mengimbas kembali detik menyakitkan hati itu, wanita berkenaan memberitahu, ibu kepada kanak-kanak tersebut dengan mudah menggunakan alasan 'anak istimewa' selepas ditegur, malah langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau meminta maaf atas kerosakan yang berlaku.Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak ketika menghadiri kenduri. -Gambar hiasan AI"Ada budak, entah anak siapa masuk rumah kami dan korek-korek bunga hantaran kakak. Saya terus tegur dan tanya... ini anak siapa? habis dikorek bunga hantaran."Kemudian maknya pun terkedek-kedek jalan ambil anak. Dia kata itu anak istimewa. Saya kata tak kisahlah, kalau dah tahu special, kena la alert dan jaga dia."Ini main lepas je, habis hantaran orang rosak. Maknya sikit pun tak minta maaf," ujar wanita itu dalam hantaran di Threads.Wanita imbas kisah yang berlaku di majlis pertunangan kakaknya.Menurutnya, bunga hantaran kakaknya dirosakkan oleh seorang kanak-kanak istimewa.Dia berkata ibu kepada kanak-kanak itu langsung tidak meminta maaf selepas ditegur.Netizen minta ibu bapa kepada anak istimewa agar lebih peka ketika menghadiri majlis.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa puas hati dan menyokong tindakan tindakan berani wanita itu yang lantang menegur tetamu tidak bertanggungjawab berkenaan di tengah-tengah majlis."Mesti si ibu balik rumah dan up status, kononnya orang tak faham anak istimewa. Nak orang faham dia je, sedangkan dia pun kena faham orang juga."Tak salah ada anak istimewa. Yang salah apabila mak ayah pun 'istimewa' sekali," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Anak autisme baring hujung kaki, bapa tiri halau sambil tendang kepala! Ibu menyesal kahwin baharu, zuriat istimewa didera depan mataARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘resign’ lepas dapat anak istimewa, gaji suami tak cukup hingga terpaksa ‘korek’ simpanan - “Dia tak ada usaha cari duit lebih”Selain komen-komen negatif yang berbaur kecaman, beberapa ibu kepada anak istimewa turut berkongsi pandangan mereka di ruangan komen hantaran itu."Saya ada anak autism. Apa-apa majlis perkahwinan, saya memang tak bawa anak. Risau dia tantrum hingga rosakkan majlis."Sebagai mak yang ada anak istimewa, saya memang tak lepas tangan anak kalau pergi ke mana-mana, terutamanya rumah orang," tulis mereka lagi.