Sesetengah anak menjadi tempat bergantung ibu bapa ketika berdepan kesempitan wang. -Gambar hiasan AI
BAGI sesetengah ibu bapa, anak sering menjadi tempat bergantung harap ketika berdepan kesulitan, terutama yang melibatkan soal kewangan.Namun, tidak ramai menyedari bahawa ada kalanya anak-anak sendiri sedang berdepan kekangan hidup dan masalah kewangan yang tidak diketahui oleh keluarga. Demikian situasi seorang individu ini yang meluahkan rasa serba salah apabila tidak mampu memenuhi permintaan ibunya yang mahu meminjam RM100 untuk membeli lauk bagi menyambut kedatangan dua saudara mereka ke rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pelajar cemerlang macam lipas kudung, setiap aktiviti anak mesti muncul... Akui sokongan suami paling pentingARTIKEL BERKAITAN: “Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluargaMenurut individu yang masih bergelar seorang pelajar itu, dia sendiri bergantung dengan pinjaman pelajaran bagi membayar yuran dan meneruskan kelangsungan di pusat pengajian."Bukan tak nak bagi tapi saya pun tiada duit Ya Allah."Tetapi kalau saya cakap dekat ibu, ibu mesti cakap saya bersuka ria guna duit PTPTN berbanding guna untuk bayar yuran," ujarnya dalam perkongsian tersebut.Pelajar berkenaan mengakui dia berasa amat bersalah untuk menolak permintaan ibunya meskipun keadaan kewangannya sendiri tidak mengizinkan.Tumpuan terhadap pelajaran boleh terganggu sekiranya seseorang pelajar dibebani masalah. -Gambar hiasan AINamun dalam masa yang sama, dia keberatan kerana mendakwa wang yang dipinjamkan sebelum ini tidak pernah dipulangkan kembali oleh ibunya."Saya memang berat hati untuk tidak bagi. Saya tahu ibu bukan sekadar pinjam tapi ambil sebab sebelum ni saya sudah bagi duit kepada ibu."Ibu saya pernah cakap saya kedekut sebab berkira dengan ibu sendiri tapi percayalah kalau saya ada duit, memang akan bagi je tapi saya memang tiada," luahnya.Seorang mahasiswa serba salah selepas ibunya mahu meminjam RM100.Ibunya tidak mempunyai wang bagi membeli barang dapur bagi meraikan kedatangan tetamu.Mahasiswa itu sendiri bergantung dengan pinjaman PTPTN.Ini bukan kali pertama ibunya meminjam wang dan tidak membayar kembali.Dia tersepit memandangkan wang yang ada cukup-cukup untuk kegunaan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan situasi yang dihadapi pelajar berkenaan.Ramai berpendapat bahawa pinjaman pelajaran seharusnya digunakan untuk tujuan pendidikan dan perbelanjaan asas pelajar, bukannya dijadikan sumber kewangan untuk menampung keperluan orang lain.Dalam pada itu, ada juga yang menasihatinya supaya berterus terang mengenai keadaan kewangannya kepada ibu agar tidak terus terbeban dengan rasa bersalah.