suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dah seminggu mati baru orang tahu” - Pernah tolak fitrah kahwin, lelaki bujang ditemukan kaku di tempat tidur

Segelintir golongan bujang terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup bersendirian tanpa waris. -Gambar hiasan AI

GOLONGAN bujang yang tinggal bersendirian berdepan pelbagai risiko tersendiri, terutamanya apabila berlaku situasi kecemasan tanpa ada sesiapa pun menyedarinya.

Menurut perkongsian seorang wanita, kejadian tragis seperti ini pernah berlaku di kampungnya apabila mayat seorang lelaki hanya ditemukan selepas seminggu dia menghembuskan nafas terakhir.

"Ada lelaki dekat kampung aku, dia tak kahwin. Senang cerita, lebih kepada gay la. Dia tinggal sendirian. 

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Ahli keluarga perlu sentiasa memantau warga emas yang tinggal bersendirian bagi mengelakkan kejadian tak diingini -Gambar hiasan

"Dia pernah kata... buat apa kahwin? Buat habis harta dekat perempuan je. Lagipun kerja-kerja memasak apa semua tu dia boleh buat, jadi tak perlu perempuan buat.

"Akhirnya masa dia mati tiada siapa pun tahu. Dah seminggu mati dekat tempat tidur. Kau bayangkan mayat dia macam mana, dah jadi biru baru orang tahu dia meninggal," tulisnya.

Wanita itu berkongsi kisah berkenaan menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

  • Wanita kongsi kisah kematian lelaki bujang yang berlaku di kampungnya.
  • Dia mendakwa lelaki itu enggan berkahwin kerana memiliki naluri songsang.
  • Dia berkata kematian lelaki itu hanya disedari selepas seminggu dia meninggal dunia.
  • Netizen kata ramai orang tua yang bujang meninggal dunia sendirian.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang lokasi serta waktu kejadian berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui insiden menyedihkan seperti itu sebenarnya kerap kali terjadi dalam masyarakat hari ini, terutamanya melibatkan golongan warga emas hidup sebatang kara.

"Ada makcik area sini, anak tujuh. Tapi masa meninggal, seorang anak pun tiada dengan dia. Lepas tiga hari baru mereka sedar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30-an, lelaki bujang cari jodoh terus tanya nilai hantaran... Cantik, cinta 'jatuh' perkara nombor dua

ARTIKEL BERKAITAN: Bujang terlajak dianggap mesin ATM, hutang RM35k tunang pun dibayar! Ugut putus kalau tak beli ‘designer bag’

"Macam jiran di kampung saya, dia mati tiada siapa pun tahu. Seminggu baru tahu kerana kakak call tapi dia tak angkat. Dia lelaki bujang, dah tua.

"Kalau dia gay, baguslah juga tak kahwin daripada seksa batin dan perasaan perempuan, lagi tambah dosa," komen beberapa netizen.

Artikel Lain