suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru habis pantang, kakak ipar pula minta jaga anak ketika tumpang bermalam - “Ingat saya bibik ke?”

Sesetengah individu sering dijadikan 'bidan terjun' untuk menjaga anak kepada ahli keluarga sekiranya berlaku kecemasan atau ketiadaan penjaga. -Gambar hiasan AI

BUKAN perkara luar biasa kalau ahli keluarga atau saudara-mara minta untuk menumpang bermalam di rumah, lebih-lebih lagi jika mempunyai urusan di kawasan berhampiran.

Malah, kebanyakan individu tidak keberatan membuka pintu rumah kepada ahli keluarga sendiri atas dasar kasih sayang serta semangat kekeluargaan.

Namun, lain pula ceritanya bagi seorang wanita ini apabila hasrat kakak iparnya untuk menumpang tidur di rumah bertukar menjadi punca dia berasa kecewa dan berang.

"Saya baru balik rumah dari kampung. Kakak ipar plan nak singgah rumah dan tidur sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

"Kakak ipar terus sambung cakap, akak tinggal anak dekat rumah esok. Tolong jaga dan tengok dia. Saya macam aik? 

"Tak ada pun inform awal ke apa? Saya okay je boleh tolong. Tapi tolong la cakap elok-elok dan beritahu awal-awal," kongsinya di Threads.

Menurut wanita berkenaan, dia kesal kerana kakak iparnya seolah-olah mengambil kesempatan memandangkan dia merupakan seorang suri rumah. 

Namun hakikatnya, dia sendiri bergelut menjaga bayi kecil dan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu.

Suri rumah cenderung untuk 'burn out' sekiranya menguruskan hal rumah tangga sendirian. -Gambar hiasan AI

Tidak hanya itu, dia juga berdepan keletihan menguruskan anak tanpa bantuan suami yang bekerja.

"Tergamak suruh jaga anak dia. Dia dan suaminya boleh ke tempat lain. Sampai lewat malam katanya. Dia nak buat part time job cari duit extra.

"Tapi apa salahnya bawa anak dia sekali? Suami dia ada kot? Ingat saya bibik ke?" luahnya lagi.

Dalam masa sama, wanita berkenaan turut mengakui lebih kecewa apabila suaminya dilihat menyebelahi kakaknya dan meminta dia memahami situasi keluarga tersebut.

  • Seorang wanita luah kecewa dengan sikap kakak ipar.
  • Kakak ipar dan keluarga datang menumpang rumahnya kerana buat kerja sampingan.
  • Kakak ipar minta wanita itu jaga anaknya sepanjang ketiadaannya di rumah.
  • Wanita itu geram dianggap seperti bibik sedangkan dirinya juga mempunyai anak kecil untuk dijaga.
  • Lebih geram, suaminya pula menyebelahi kakaknya dan minta wanita itu faham situasi.

"Suruh faham situation dorang? Situation saya dorang tak nak faham pun. Saya baru habis pantang dan masih recovery. Tak sampai lima bulan lagi.

"Saya tak boleh nak tolak sebab dia datang tumpang tidur, jadi saya memang tak boleh lari mana guys," kongsinya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyarankan wanita tersebut berterus terang dan menetapkan batasan demi menjaga kesejahteraan dirinya sendiri. 

Ramai berpendapat bahawa membantu ahli keluarga bukanlah satu kesalahan, namun setiap permintaan perlulah mengambil kira keadaan individu yang diminta untuk membantu.

Artikel Lain