NIAT meraikan hari jadi ibu kesayangan bertukar rasa terkilan buat gadis ini apabila dia terpaksa menanggung semua kos majlis seorang diri.Menurut gadis itu, dia pada awalnya mencadangkan agar semua adik-beradik berkongsi wang untuk membeli kek buat ibu mereka namun idea itu ditolak. Katanya, adik-beradiknya menganggap dia sepatutnya menanggung kos tersebut kerana tinggal bersama ibu mereka selain belum berkeluarga.Setiap anak pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI"Sebenarnya hari jadi sebelum ini memang saya yang beli kek untuk mak dan saya tak pernah beritahu sesiapa pun," luahnya menerusi media sosial.Jelasnya lagi, dia bukan kedekut tetapi kebetulan sedang 'sesak' selepas terpaksa mengeluarkan wang RM100 membaiki motosikal adiknya.Malah dia juga sudah membeli sebuah telefon bimbit baharu untuk ibunya sempena hari jadinya nanti.ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati kakak... Adik terharu along berbelanja besar untuk mak ayah sambut raya, langsung tak ajak kongsiARTIKEL BERKAITAN: Abang-abang hanya ‘bluetick’, mesej minta duit beli barang basah sempena raya tak dilayan! - “Tahun ni mereka beraya rumah mak”"Saya ada beli telefon baru untuk mak sebagai hadiah hari jadi tapi disebabkan telefon lamanya sudah rosak, jadi saya bagi dahulu sebelum tarikh hari jadinya."Mereka semua tahu saya yang belikan telefon itu. Mungkin saya penat sebab itu benda kecil macam ini pun rasa nak meluah," katanya lagi.Di ruangan komen, ramai berpandangan wanita itu tidak sepatutnya tunduk dengan 'arahan' adik-beradiknya kerana ibu adalah tanggungjawab bersama. Gadis terkilan disuruh beli kek untuk ibu.Belum kahwin jadi alasan perlu berkorban.Sudah hadiah telefon, masih diminta beli kek.Adik-beradik enggan kongsi kos sambutan.Netizen simpati dengan nasib gadis tanggung keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Beli saja kek bersaiz kecil yang cantik atau buat sendiri jambangan kek cawan untuk ibu awak."Orang tua sekarang pun ramai yang jaga pemakanan dan tak makan banyak kek. Adik-beradik tu biarlah mereka."Kalau awak sudah beri cadangan untuk kumpul duit dan mereka tak setuju, itu bukan salah awak. Tak berkahwin bukan bermaksud tiada komitmen," antara komen netizen.