suria

Abang-abang hanya ‘bluetick’, mesej minta duit beli barang basah sempena raya tak dilayan! - “Tahun ni mereka beraya rumah mak”

Setiap anak-anak perlu tahu peranan masing-masing dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

SELAIN meningkatkan amal ibadah dalam fasa akhir Ramadan, umat Islam juga pada masa sama mula melakukan persiapan sambutan Aidilfitri termasuk perancangan menyediakan juadah untuk dinikmati bersama keluarga.

Namun bagi wanita ini, persediaan menanti ketibaan 1 Syawal bertukar menjadi krisis kecil dalam keluarga apabila abang-abangnya didakwa tidak memberi kerjasama dalam soal kewangan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan selepas mesej yang dihantar untuk meminta sumbangan membeli keperluan masakan hanya dibaca tanpa sebarang respons.

Setiap ibu bapa pastinya menanti kepulangan anak-anak untuk raya bersama. -Gambar hiasan AI

"Seumur hidup saya tak pernah sekali pun minta duit belanja dekat abang-abang. Tapi kali ini saya cuba mesej minta duit untuk beli bahan mentah sempena nak sambut hari raya.

"Tahun ni giliran mereka beraya di rumah mak. Tapi mereka bluetick (baca tapi tidak respons) je. Padahal mereka juga yang nak makan nanti," ujarnya di Threads.

Justeru wanita itu berkata dia mengambil keputusan untuk tidak membeli sebarang bahan masakan selagi tiada sesiapa yang menghulurkan wang.

"Saya rancang selagi tak ada orang nak transfer duit lauk, saya tak akan beli. Makan la nasi goreng pagi raya nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan sebelum Aidilfitri, wanita mula gelisah... Benci hadap ahli keluarga, amalan berkumpul ramai-ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rancang ‘staycation raya’ di KL, tak gamak ambil risiko balik Kelantan... Kebajikan isteri sarat hamil jadi keutamaan

"Saya sudah bincang dengan mak tapi biasalah perangai mak-mak ni tak sampai hati takut anak-anak dia dah tak nak balik jenguk dia dah," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata berpendapat kos penyediaan juadah raya sepatutnya ditanggung bersama.

"Patutnya masing-masing hulur duit sebab nanti mereka juga nak makan.

"Tak payah masak. Nasi goreng pun tak payah. Lepas solat raya bawa saja mak keluar ziarah raya. Spesis macam tu kau jangan bagi muka.

  • Wanita terkilan mesej minta duit lauk raya hanya dibaca abang-abangnya.
  • Semua pulang beraya di rumah ibu tetapi tiada yang hulur belanja.
  • Ibu pula tidak sampai hati menegur kerana bimbang anak-anak terasa hati.
  • Netizen berpendapat kos makanan raya sepatutnya dikongsi bersama.
  • Pengadu kesal apabila abang berbelanja mewah untuk diri sendiri tetapi berkira dengan ibu.

"Berkenaan duit lauk ni memang sepatutnya kena kongsi. Lagi-lagi apabila ayah tak ada. Pelik dengan sikap manusia yang berkira dengan mak sendiri," komen beberapa netizen.

Menurut wanita itu lagi, dia lebih terkilan apabila melihat abang-abangnya mampu berbelanja besar untuk diri sendiri tetapi seolah-olah mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu.

"Masing-masing raya dengan telefon jenama iPhone yang paling terbaharu, baju raya beratus-ratus. Tapi hutang dengan mak buat tak tahu," katanya lagi.

Artikel Lain