TINDAKAN segelintir ibu bapa yang memilih untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka di pusat jagaan atau rumah anak yatim mengundang rasa kurang senang netizen.Menzahirkan pandangan di media sosial, wanita ini turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pihak yang seolah-olah tiada pertimbangan akal ketika mencadangkan majlis sambutan di premis seperti itu. "Tak faham keperluan sambut hari lahir di rumah anak yatim atau jemput anak-anak yatim."Raikan hari lahir anak-anak, ada nyanyian happy birthday sambil parents pegang dan peluk anak dengan kek depan anak-anak yatim.Anak yatim gembira apabila mereka turut serta dalam apa saja majlis keraian. -Gambar hiasan AI"How dare you alls, rasanya common sense tu perlu ada... nak sambut dengan anak-anak yatim pun berhikmahlah," luahnya di Thread.Baginya, tidak salah sekiranya meraikan anak yatim dengan niat murni untuk berkongsi rezeki.Namun, cara sambutan dengan mempamerkan kemesraan berlebihan disifatkannya sebagai melampau dan tidak menjaga perasaan mereka yang kehilangan kasih sayang ibu bapa."Tak salah nak sambut dengan anak-anak yatim ni tapi tergamaknya orang yang pamerkan peluk anak mereka je.Netizen kurang senang ibu bapa sambut birthday anak di rumah anak yatim.Dakwa cara sambutan tunjuk kemesraan keluarga tak sensitif.Peluk dan raikan anak sendiri depan anak yatim dianggap melampau.Wanita nasihat kongsi rezeki biarlah berhikmah dan berempati.Netizen setuju, cadang raikan semua anak yatim sama rata.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sayang-sayang anak mereka kemudian nyanyi dengan famili depan anak-anak yatim tu, santunilah anak yatim dengan sebaiknya," tegasnya.Susulan itu dia menyarankan agar sesiapa yang ingin mengadakan majlis di rumah anak yatim supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak hanya mementingkan kepuasan diri sendiri semata-mata termasuk ingin kelihatan baik di mata masyarakat."Ada yang kata anak-anak yatim ni tak rasa apa-apa masa peluk cium dan tersenyum girang dengan anak sendiri."Tapi mak ayah mereka kan dah tak ada," ujarnya menitipkan nasihat supaya masyarakat mempunyai nilai empati yang tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas penghuni rumah anak yatim dedah sikap pengurusan, tak merasa ‘pegang’ duit raya - “Setiap tahun dapat hampir RM1,000”ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni dedah sisi gelap rumah anak yatim, pemilik hidup mewah seleweng duit derma... Jual semula pakaian sumbangan!Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan dan turut berkongsi cara terbaik untuk meraikan anak yatim."Nak sambut birthday kat rumah anak yatim, tanya juga hari lahir siapa bulan yang sama dan beli kek lebih."Seolah-olah menambah luka pada orang yang sedang susah. Terlalu mahu menunjuk buat amal, tapi langsung tak guna akal atau sensitiviti terhadap perasaan orang lain."Saya pun fikir perkara sama... sambut birthday anak dengan kita peluk-peluk anak depan anak yatim yang tak ada mak ayah, mungkin sekadar majlis makan-makan cukup la," demikian pandangan netizen.