suria

Penghuni dedah sisi gelap rumah anak yatim, pemilik hidup mewah seleweng duit derma... Jual semula pakaian sumbangan!

Kanak-kanak yang kematian ibu bapa biasanya akan dipelihara di rumah anak yatim. -Gambar hiasan

SEORANG individu mencuri perhatian di laman X selepas dia membuat pendedahan tentang sisi gelap sebuah rumah anak yatim yang pernah didiaminya sebelum ini.

Dakwa pengadu, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut hidup senang dengan wang bantuan sehingga membutakan mata soal dosa dan pahala.

"Aku pernah duduk rumah anak yatim. Aku nak jujur. Mereka main duit. Pengerusi bukan senang, tiba-tiba lepas buka rumah anak yatim, auto kaya.

WhatsApp Image 2024-01-02 at 2.35.08 PM

Hukuman rotan yang keterlaluan boleh menjejaskan emosi kanak-kanak. -Gambar hiasan

"Aku tahu cerita sebab owner dia masa mula-mula buka rumah anak yatim tu, dia minta tolong ayah aku letak kami adik-beradik kat rumah dia sebab nak cari budak susah. Kalau tak ada budak, tak ada bantuan," dakwanya.

Tanpa mendedahkan lokasi secara tepat, pengadu turut mendakwa dia dan penghuni lain berdepan layanan kasar daripada pengelola rumah anak yatim itu termasuk sering dirotan di tapak kaki.

"Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kena rotan atau pukul dengan warden kat rumah anak yatim tu. Apabila besar, aku rasa benda tu silap. Tu kena dera, bukan kena rotan biasa tau.

Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Last last mereka kutip jual balik.

PENGADU

"Sekali rotan 20 hingga 30 kali, menangis kawan-kawan aku merayu suruh dia stop. Kami kena rotan kat tapak kaki. Lepas kena rotan tu, sakit nak jalan," dakwa pengadu yang tidak mendedahkan identitinya.

Selain layanan teruk yang diterima, dia mendakwa warden rumah anak yatim itu juga pernah membuang makanan yang disedekahkan oleh pihak luar.

"Kami dapat banyak bantuan makanan. Nak sembang KFC atau McDonald's kami dah muak. Ada orang tu pergi beli KFC bagi kami. Kami semua tak sentuh, lepas tu warden aku buang dalam tong sampah je.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 7 anak yatim buka gerai! Kawan arwah tergerak hati singgah sebelum viral- “Aku bangga tengok depa usaha”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak yatim luah rasa rindu, sejak kecil tak merasa pelukan bapa... 2 lelaki meluru datang peluk cium sebagai ‘hadiah’

"Orang tu datang balik, tengok KFC dia dalam tong sampah, marah-marah kat warden kami. Terus tak datang dah. Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Akhirnya mereka kutip dan jual balik," ceritanya.

Tambah pengadu lagi, penghuni biasanya akan menerima bantuan berbentuk wang, namun ia akan dipegang oleh pengurusan rumah anak yatim berkenaan.

"Apabila kami pergi rumah terbuka atau event besar, kami selalu dapat duit tangan tau. Kadang-kadang paling sikit dapat RM10 atau RM20, paling banyak RM250 seorang.

"Warden aku cakap duit tu nanti apabila kami keluar rumah baru boleh dapat guna untuk nak sambung belajar ke apa. Tapi apabila keluar dapat RM200 je seorang.

"Aku rasa lebih kot (duit simpanan), RM30,000 macam tu sebab kami ada tulis berapa kami dapat," dakwanya lagi.

WhatsApp Image 2024-01-02 at 2.33.48 PM

Selain wang, bantuan barangan asas juga boleh diberikan kepada rumah anak yatim. -Gambar hiasan

Luahan pengadu itu hingga kini sudah dilihat lebih 338,600 pengguna laman X selain menerima lebih 1,800 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya serta penghuni yang lain.

"Benda ni dah lama. Tu sebab kalau nak sedekah, aku cari yang betul susah. Tak pun aku dahulukan ahli keluarga sendiri.

"Gilalah orang macam ni, memang tak nampak dosa ke? Dah la makan duit anak yatim. Orang nak bersedekah pun jadi skeptikal.

"Legit. Ada kawan sendiri buka cerita dia masuk pusat tahfiz. Sama sebiji jalan cerita," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain