suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Bersemut’ skrin tengok Syed Saddiq dukung Bella Astillah dan anak-anak, hati netizen pula berbunga-bunga!

Aksi Syed Saddiq (kiri) mendukung Bella menerima pelbagai reaksi netizen.

GELAGAT Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendukung isteri, Bella Astillah serta anak-anak tirinya iaitu Ayden dan Ara ketika melakukan latihan kecergasan menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Syed Saddiq, 34, dilihat bermesra dan meluangkan masa bersama keluarga selepas pulang dari Parlimen.

Kata Saddiq, aktiviti itu dilakukan bagi melepaskan tekanan sebelum menghadapi tugasan penting di Parlimen pada keesokan harinya.

"Balik Parlimen, terus kena buat ujian kecerdasan versi keluarga. 

Netizen tumpang senang melihat kebahagiaan Bella (kanan) sekeluarga.

Netizen tumpang senang melihat kebahagiaan Bella (kanan) sekeluarga.

"Esok (Selasa) giliran saya bahas Belanjawan 2027. Lepaskan stres dulu dengan keluarga supaya tenang sahaja nanti," katanya. 

Syed Saddiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata gembira melihat kebahagiaan pasangan itu bersama anak-anak, selain menyifatkan keluarga berkenaan sebagai gambaran kehidupan yang penuh kasih sayang.

Malah, ada yang meluahkan rasa terharu melihat perubahan dalam perkongsian Syed Saddiq di media sosial yang kini turut memaparkan momen indah bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: “Selama ini yakin berdebat di Parlimen” - Syed Saddiq gementar sampai menggeletar, lega sudah sah jadi suami Bella

"Seronok melihat akaun YB semakin kurang berkongsi perkara berunsur politik dan serius kerana kini dia mempunyai sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. 

"Gelak tawa mereka begitu ikhlas dari hati dan cukup menyentuh perasaan. Bella, Ayden, Ara dan YB, semoga kehidupan kalian akan menjadi lebih baik selepas ini kerana kamu semua layak mendapat kebahagiaan itu! 

"Bella, kamu layak mendapat segala kebahagiaan ini. Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami erti keberanian! Kamu mewakili suara mereka yang tertindas," tulis netizen.

Pada 10 Oktober lalu, Syed Saddiq dan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, selamat mendirikan rumah tangga dalam satu acara akad nikah yang diadakan di Tingkat 118, Merdeka 118 Precint, Kuala Lumpur. 

Syed Saddiq dan Bella bernikah pada 10 Oktober lalu.

Syed Saddiq dan Bella bernikah pada 10 Oktober lalu.

Pasangan ini sebelum itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas sekian lama menjalin hubungan persahabatan yang rapat. 

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula, namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreann, 6 tahun.

Artikel Lain